GPMS MENGECAM SENATOR DR ARIFFIN S.M OMAR MAHUKAN PULAU PINANG DIJADIKAN ‘CHRISTIAN CITY’

Merujuk kepada laporan media menara.my bertarikh 15 Jun 2017, yang bertajuk “Apa salahnya Pulau Pinang jadi bandar Kristian?-Dr Ariffin Omar”, GPMS mengecam sekeras-kerasnya pandangan beliau yang jelas bertentangan dengan Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan iaitu Islam sebagai agama persekutuan dan Artikel 11 juga menyebut bahawa halangan mana-mana pihak untuk menyebarkan agama-agama lain kepada orang Islam.

GPMS sangat kecewa dan terkejut dengan kenyatan yang dikeluarkan oleh YB Senator Dr Ariffin Omar. Bagi GPMS, beliau adalah tali barut DAP dan agen DAP di kalangan Melayu Islam dalam mempromosi agenda Evengelism Kristian di Malaysia.

Malah menerusi kenyatan beliau ini, ia mensahihkan lagi dakwaan bahawa parti DAP adalah bukan sekadar parti politik semata-mata malah DAP dan pemimpin mereka sebenarnya mendokong agenda Evangelism Kristian ke dalam negara ini dan memerangi Islam serta berhasrat mahu menjadikan Pulau Pinang sebagai sebagai pusat kegiatannya.

GPMS mendesak pihak kerajaan supaya mengambil tindakan tegas tanpa kompromi untuk menghalang gerakan dan dakyah Evangelism Kristian dikalangan rakyat khususnya orang Islam.

Gerakan mereka ini boleh mewujudkan kacau bilau dan merosakkan keharmonian negara yang pastinya nagara akan menuju sebuah kehancuran seandainya tidak dibendung dan dicegah dari awal.

Sekiranya pihak kerajaan mampu membendung ajaran sesat di kalangan orang Islam, maka tidak mustahil kerajaan juga mampu membendung gerakan dakyah Envagilisme Kristian. Kita khuatir nanti apabila kerajaan berdiam diri dan membiarkan perkara ini berlaku berleluasa, ianya akan menimbulkan ketidaksenangan rakyat yang akhirnya mengambil tindakan di luar batas undang-undang.

Salam hormat,

Zambri Mohd Isa
Presiden GPMS

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana