Dua kem dalam PKR wujud sejak hari pertama PKR ditubuhkan - Pengasas

AMPANG: Pengasas PKR, Ng Lum Yong mendedahkan, dua kem membabitkan Presiden PKR, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Datuk Seri Azmin Ali sudah lama wujud iaitu sejak parti ditubuhkan.

Ujar Ng, Azmin sejak daripada awal disekat Azizah daripada berperanan diperingkat nasional, atas sebab-sebab yang hanya diketahui pimpinan tertinggi PKR.

"PKR memang berpecah kepada dua kem. Kem Azizah dan Azmin. Saya tahu sebab saya ketika itu dalam PKR. Azizah memang tidak bersetuju Azmin menjadi pemimpin pusat.

"Daripada 1999 peranan Azmin hanya di peringkat Selangor sahaja bukan Pusat. Sebab proses (pilih pemimpin kali) pertama (dalam PKR) dilantik oleh (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim). Seramai 28 Majlis Tertinggi, Anwar yang lantik. Nama Azmin tiada dalam senarai," ujar Ng ketika ditemubual secara eksklusif Antarapos.

Ng ketika ditanya lanjut hanya berkata beliau tidak dapat memberitahu secara spesifik apakah faktor Azizah begitu menyekat peranan Azmin dalam PKR, walaupun Azmin antara anak muda yang lantang dan mempunyai daya kepimpinan yang disegani ahli partinya.

"Saya tidak dapat sebut sebab terlalu banyak insiden dan ianya ada kaitan dengan keluarga dan ada kaitan dengan isteri Azmin," ujar Ng dalam nada yang tersekat-sekat.

Isteri kepada Azmin, Shamsidar Taharin sebelum ini kerap dikaitkan dengan tuduhan skandal seksual dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun tuduhan itu berlalu begitu sahaja dan isu itu bagaikan 'disenyapkan' semua pimpinan tertinggi PKR ketika itu.

Masa berlalu dan kini Azmin adalah individu dalam PKR yang punya kuasa paling besar melebihi Azizah.

Azmin kini adalah Menteri Besar Selangor selain memegang jawatan nombor dua tertinggi dalam PKR, selepas Azizah.

Ng berkata Azmin bijak memanfaatkan peluang yang ada terutama pada ketika krisis pelantikan Menteri Besar Selangor, bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Calon menteri besar bukanlah Azmin, mulanya Anwar. Calon kedua adalah Azizah. Tapi sebab undang-undang maka Anwar tidak layak. Pada ketika ini Azmin bijak mengambil peluang untuk menjadi menteri besar," kata Ng.                                                                                                                                                              
Azmin dilantik menjadi Menteri Besar Selangor pada Mac 2014 selepas Khalid digulingkan PKR sendiri menerusi Langkah Kajang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana