Dua-dua kena letak jawatan di FGV...Sokong ke dua dua kena Keluar

Pertelingkahan yang menjadi peperangan terbuka antara Tan Sri Isa Samad dan Datuk Zakaria Arshad amat mendukacitakan.

Ini episod memalukan kerana amat ketara sekali tidak ada musyawarah sesama mereka. Mana mungkin mereka boleh bekerjasama selepas ini.

Apakah ia akan menjadi fenomena berterusan dalam pengurusan institusi yang berkaitan dengan orang Melayu?

Apakah selepas ini akan ada lagi episod pertelingkahan antara Pengerusi dan CEO atau Ketua Pengarah menyebabkan salah satu daripadanya dipaksa mengambil cuti atas alasan untuk siasatan dalaman yang sebenarnya proses pemecatan atau disuruh meletak jawatan?

Sewajarnya kedua dua mereka meletak jawatan secara sukarela. Ambil jalan yang lebih bermaruah.

Biarkan muka baru dan tenaga baru mengambil alih dan meneruskan usaha agar FGV menguntungkan "shareholders" terutamanya para peneroka.

Kedua duanya tidak perlu menunggu campur tangan Perdana Menteri. Ambil jalan mengalah.

Letak jawatan segera. Mereka berdua perlu dipisahkan. Biar mereka berada di tempat baru tetapi berlainan.

Sampai masanya dikaji semula bidang kuasa seseorang Pengerusi, CEO, termasuk siapa yang berkuasa melantik Ahli Lembaga Pengarah agar institusi berkaitan bukan menjadi medan kepentingan peribadi.

Ada kalanya kita mendengar seseorang Pengerusi menjadi Pengerusi pula kepada beberapa anak anak syarikat yang lain. Kalau satu dua tidak mengapa. Terdapat dakwaan, kebanyakan anak anak syarikat  Pengerusinya adalah orang yang sama.

Apakah ini amalan korporat yang baik? Atau mesti ada jumlah had tertentu supaya ia tidak dimonopoli dan disalah guna oleh seorang individu.

Justeru tunggu apa lagi. Kedua duanya kena letak jawatan supaya tidak berlaku "Trust deficit" yang boleh mengakibatkan harga saham FGV jatuh menjunam.

Semoga Pengerusi FELDA Tan Seri Shahrir Samad tidak terlalu lama berdiam diri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana