DR MAHATHIR JADI ALAT DAP DAN CHEN MAN HIN UNTUK PECAH BELAHKAN MELAYU

DAP sentiasa merancang supaya umat Islam lemah. DAP juga sanggup membelanjakan banyak harta dan wang ringgit untuk memastikan mereka mencapai matlamat iaitu menghancurkan Islam dan menguasai pemikiran penyokong mereka yang beragama Islam agar mengikut telunjuk mereka.

Salah satu kejayaan DAP adalah kewujudan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan juga Parti Amanah Negara (PAN) yang dilihat hanya sebagai proksi DAP untuk memecah-belahkan parti yang dikuasai oleh masyarakat Melayu dan bumiputera khususnya UMNO dan PAS.

Memanglah apabila ditubuh parti baharu tujuan mereka hendak memecahbelahkan UMNO yang mana saya percaya PPBM seperti juga PAN menjadi alat kepada DAP untuk memecahbelahkan orang Melayu.

PAS merupakan parti Islam 100 peratus dipecahkan melalui PAN supaya ahli PAS dapat memecahbelahkan PAS dan UMNO juga dipecahkan melalui PPBM dan yang mana akhirnya semua ini akan menjadi proksi kepada DAP.

Sedar atau tidak bahawa Melayu yang selama ini termakan dengan pujuk rayu DAP telah terperangkap dan terpaksa mengikut telunjuk DAP setelah termakan budi yang banyak. Bukan sekadar ideologi politik tetapi Melayu yang ada dalam DAP sebagai pengerak agenda DAP memusnahkan Melayu Islam dalam negara ini.
Tidak mustahil Chen Man Hin kini menggunakan Tun Dr Mahathir sebagai alat kepada DAP untuk memecah belahkan orang Melayu. Jelas sekali Dr Mahathir digunakan DAP bagi tujuan dan agenda tersembunyi DAP.

Kita semua juga sedar bahawa DAP sangat 'Anti Mahathir' dan adalah mustahil bagi DAP menerima Dr Mahathir sebagai sekutu mereka kecuali atas agenda tersembunyi yang dilihat untuk memecah belahkan orang Melayu. Waspada permainan DAP, Dr Mahathir kini jadi alat dan boneka DAP.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment