DoJ, tali barut dan Madey....Berat Sudah Dah Madey Ikut Giler Kuasa

DUA perkara yang sering menjadi sasaran kritikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri ialah Amerika Syarikat (AS) dan media barat. Bekas Presiden UMNO itu secara tegas mengingatkan rakyat Malaysia supaya jangan mempercayai media barat yang pada pandangan beliau hanya mahu memporak-peranda negara ini.

Dalam satu artikel pada 8 Disember 2014 bagi menggambarkan sikap AS, Dr. Mahathir menulis - “Mereka ini lantik diri sendiri sebagai hakim, pendakwa raya dan algojo. Inilah amalan keadilan Amerika.”

Begitu juga dalam berhadapan dengan serangan media barat terhadap negara ini, Dr. Mahathir melalui blognya pernah menulis - “Banyak yang dilaporkan media barat terhadap Malaysia adalah jauh daripada benar. Tetapi sekali mereka menulis sesuatu yang buruk menge­nai negara ini dan kerajaannya (serta negara lain), orang lain akan mengulanginya tanpa berusaha untuk mengesahkan kebenaran laporan itu.

“Saya pernah dituduh mengamalkan kronisme, dan saya memanipulasi badan kehakiman dan saya menyum­bat timbalan saya ke dalam penjara oleh media barat yang membenci saya.

“Selepas itu, setiap wartawan apabila membuat laporan mengenai Malaysia mesti akan menggunakan perkataan yang sama yang saya mengamalkan kronisme, memanipulasi badan kehakiman dan menyumbat timbalan saya ke dalam penjara.

“Ayat yang digunakan wartawan pertama tadi mesti benar, sangat benar dan tiada yang lain selain yang benar. Segala usaha untuk menafikan segala tuduhan itu tidak akan diterima,” tulis Dr. Mahathir.

Tetapi kini pendirian Dr. Mahathir terhadap AS dan media barat sudah berubah, dalam bahasa mudah beliau telah melakukan ‘pusingan U’ seper­ti mana beliau sanggup berbaik-baik dengan DAP - sebuah parti yang suatu ketika beliau anggap sebagai rasis dan cauvinis.

Sebenarnya, apa yang dilakukan oleh Dr. Mahathir sekarang, tiada beza­nya dengan tindakan parti-parti pembangkang seperti DAP dan PKR memburuk-burukkan kepemimpinan beliau melalui media barat. Atas sebab itulah dalam berhadapan dengan isu saman sivil Jabatan Kehakiman (DoJ) AS, timbul persoalan siapa sebenarnya menjadi dalang atau tali barut untuk mendesak pihak asing campur ta­ngan dalam isu 1MDB.

Walaupun ada nama-nama individu tertentu disebut namun mereka tidak tampil melakukan penafian, malah bukti-bukti yang dikemukakan berhubung pembabitan mereka agak kukuh, lebih menarik orang yang rapat dengan Dr. Mahathir juga dikaitkan sama.

Apapun keadaannya, sejak dulu lagi khususnya di bawah pentadbiran Dr. Mahathir, rakyat negara ini di­ingatkan supaya dalam apa juga isu jangan biarkan pihak asing campur tangan. Kita diingatkan bagaimana penjajahan semula boleh terjadi jika negara-negara lain khususnya AS campur tangan dalam urusan negara ini.

Sepatutnya peringatan berharga itu terus dipegang sehingga ke hari ini, tidak kira apa pun perbezaan politik antara kita, tetapi keadaan itu tidak berlaku, kononnya atas alasan agensi-agensi penguat kuasa di negara ini tidak boleh dipercayai maka ada kelompok ahli politik ‘membentangkan karpet merah’ menjemput DoJ dan media asing seperti Sarawak Report melancarkan serang­an ke atas Malaysia.

Lanjutan itu juga membuka laluan kepada pihak-pihak lain untuk turut ‘tumpang semangkuk’. Ini terbukti apabila sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berpangkalan di New York, Human Rights Foundation (HRF) semalam menyatakan telah menulis surat kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XI, Sultan Muhammad V.

Surat itu bertujuan menggesa Seri Paduka membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas alasan ada campur tangan politik dalam kes liwat yang disabitkan de­ngan Ketua Umum PKR tersebut.

Inilah bahananya apabila ada pihak dalam negara ini yang bersedia menjadi pengkhianat dengan meminta bantuan asing dalam urusan negara kita.

Apa yang berlaku dalam kes DoJ dan serangan fitnah oleh Sarawak Report bukanlah perkara baharu, agenda a­sing untuk campur tangan di negara ini sudah lama dirancang sejak Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri lagi. Kini laluan mereka semakin mudah apabila Dr. Mahathir berada di pihak pembangkang dan ada isu 1MDB yang boleh dimanipulasikan habis-habisan untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia.

Oleh itu, rakyat perlu berhati-hati dengan peranan AS dan ‘tali barut-tali barut’ mereka di negara ini. Percayalah, kenyataan kononnya negara asing itu terpaksa campur tangan demi mahu menegakkan kebenaran dan keadilan hanya bibit-bibit awal yang akhirnya akan menjemput petaka kepada Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana