DAP tolak penguasaan Mahathir-Muhyiddin dalam Pakatan

Hajat Tun Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk 'hijack' Pakatan Harapan (PH) nampaknya menemui jalan buntu.

Ini selepas DAP, parti paling dominan dalam pakatan pembangkang itu, menolak dominasi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam struktur kepimpinan PH yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng mengulas ura-ura dua jawatan tertinggi PH, iaitu Pengerusi dan Presiden masing-masing akan diisi oleh Mahathir dan Muhyiddin.

"Saya tidak akan bersetuju jawatan pengerusi dan presiden (PH) diisi oleh BERSATU (PPBM). Ini adalah suatu monopoli dan penguasaan kawalan (terhadap PH)," katanya kepada media, hari ini.

Jumaat lalu Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) bermesyuarat mengenai struktur kepimpinan gagasan berkenaan dalam usaha mendepani Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang, dan akan didaftarkan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) dalam masa terdekat.

Dilaporkan struktur itu akan diumumkan pada minggu ini.

Selain Mahathir dan Muhyiddin dinamakan sebagai Pengerusi dan Presiden PH, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula didakwa sebagai Penasihat gagasan itu.

Guan Eng ketika mengulas lanjut berkata apa sahaja keputusan yang bakal diambil perlu mendapat sepakata di kalangan parti-parti di dalam PH.

"Saya tidak tahu bagaimana cadangan ini boleh bocor kepada media," katanya ringkas.

Cadangan struktur kepimpinan itu didakwa dikemukakan PPBM dengan turut menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Pengerusi dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden PH.

Sementara itu Guan Eng bersetuju supaya Dr Mahathir dilantik sebagai kepimpinan utama bersama pemimpin yang lain, apabila diajukan mengenai cadangan bekas perdana menteri itu mengetuai pilihan raya.

Namun begitu Ketua Menteri Pulau Pinang itu menyifatkan Anwar masih tokoh yang relevan dalam politik negara meskipun sedang menjalani hukuman penjara.

"Kami menyokong Anwar sebagai calon perdana menteri tetapi kita perlu terima hakikat bahawa Anwar tidak boleh menduduki jawatan itu terus atas faktor kelayakan (undang-undang).

"Justeru, akan ada tempoh peralihan sementara," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana