DAP MAKIN HILANG KREDIBILITI BILA TUDUH KERAJAAN BN JADI PUNCA KEMATIAN NHAVEEN

Inilah cara biadap puak Pakatan Harapan yang kononnya ‘memperjuangkan hak’ rakyat, sering menunding jari kepada kerajaan Barisan Nasional (BN). Apa yang saja yang berlaku atau kekurangan dalam pentadbiran mereka, kerajaan BN akan menjadi mangsa fitnah mereka.

Ini dapat dilihat dalam satu tindakan bodoh amat menakjubkan dan tidak masuk akal, parti rasis dan cauvinis DAP menyalahkan kematian seorang remaja India, Nhaveen Thirumaran, 18 tahun terhadap kerajaan persekutuan Barisan Nasional.

Baru-baru ini, tragedi buli hingga membawa kematian Nhaveen. Nhaveen disahkan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang akibat diseksa sekumpulan pemuda sehingga ke tahap mati otak.

Polis mengklasifikasikan sebagai kes bunuh dan semua suspek kini direman untuk pendakwaan di mahkamah. Namun, Jagdeep Singh Deo dalam akaun Facebook beliau dengan lantang menuduh Kerajaan Persekutuan menjadi ‘puncanya’.

“Pokok kepada perkara ini ialah bahawa Kerajaan Persekutuan telah gagal kepada keluarga ini dengan tidak menghalang kejadian ini,” dakwa Jagdeep.

Nhaveen meninggal dunia selepas diserang oleh remaja lain di negeri yang dikendalikan DAP, Pulau Pinang. Harapan keluarga mangsa untuk melihat mangsa kembali pulih berakhir setelah 6 hari Nhaveen menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang.

Bagaimana Jagdeep menyalahkan Kerajaan Persekutuan untuk sesuatu yang berlaku di tempat mereka sendiri? Jika dilihat, Pulau Pinang adalah satu-satunya negeri yang mempunyai Volunteer Patrol Force (Pasukan Peronda Sukarela – PPS) sendiri.

Tujuannya adalah publisiti untuk membantu Polis Diraja Malaysia memerangi jenayah, di sebalik Skim Rondaan Sukarela Rukun Tetangga yang telah sedia ada secara sah yang ditubuhkan di bawah Akta Rukun Tetangga.

Walau bagaimanapun, PPS boleh disifatkan hanyalah Sturmabteilung Hitler (Storm Detachment) versi DAP atau lebih dikenali sebagai Braunhemden (Brown Shirts). PPS, atau ‘Penyangak Purple Shirt’, telah digunakan terutamanya untuk melakukan kerja-kerja parti DAP, menakut-nakutkan penduduk, dan melakukan halangan.

Ini dapat dilihat apabila PPS menyerang seorang aktivis Pulau Pinang, Ong Eu Soon yang telah lantang mengkritik terhadap kerajaan DAP. Eu Soon, yang berada di sebuah pembekal surat khabar di Air Itam pada satu malam, telah didatangi oleh sepuluh orang anggota PPS termasuk Lee Chan Kwong dan Lee Yew Kuen yang menyerangnya dengan topi keledar motosikal mereka.

Ini semua ‘kepimpinan melalui teladan’. Sama seperti bagaimana DAP percaya beliau berada di atas undang-undang, PPS juga berpendapat bahawa mereka mempunyai lesen untuk menghapuskan halangan kepada pentadbiran DAP ini.

Dan seperti DAP yang tidak percaya dalam kebebasan akhbar, mereka juga menyerang wartawan. Seorang anggota PPS, Lim Ah Chye, didapati bersalah kerana menyerang Timbalan Ketua Jenayah Guan Ming Daily, Ang Kean Siang, dan memusnahkan kameranya.

Ah Chye juga mengganggu Ang Kean Siang dan teman wanitanya dengan mengancam mereka dengan kematian jika Ang Kean Siang menolak untuk menarik balik laporan polis.

PPS memandang tinggi pentadbiran Pulau Pinang yang diterajui dan dikawal oleh DAP. DAP terkenal dengan buli bukan sahaja ahli-ahlinya sendiri yang menentang kehendak DAP, tetapi juga wakil-wakil daripada rakan parti supaya mengikuti kehendak Tokong sebagai seorang Ketua Menteri, satu jawatan yang dikatakan mahu diisi oleh Maharaja Lim Kit Siang apabila anak Tokong beliau masuk ke dalam penjara kerana amalan rasuah.

Ini kerana DAP akan melakukan apa sahaja untuk terus berkuasa bagi memenuhi ketamakannya tidak kira sama ada dia melanggar undang-undang dan juga Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, tidak menghairankan apabila warga asing kelahiran Malaysia boleh sengaja diletakkan sebagai calon pilihan raya.

Sudah ada orang-orang yang mahu membendung keterlaluan DAP ini. ADUN DAP Tanjung Bungah mengusulkan supaya penggal bagi Ketua Menteri dihadkan kepada hanya dua penggal, secara efektifnya mengakhiri pemerintahan DAP dengan pilihan raya umum yang akan datang.

Walau bagaimanapun, Teh Yee Cheu tahu bahawa usulnya tidak akan mendapat sebarang sokongan tetapi mengusulkannya juga untuk menunjukkan rekod bahawa beliau telah diseru untuk langkah sedemikian. Usul beliau tidak mendapat sokongan daripada orang-orang yang takut kehilangan keistimewaan mereka jika DAP kalah terhadap usul itu.

Malah ahli politik veteran DAP, Tan Seng Giaw, yang sangat dihormati walaupun tidak berada dalam barisan pimpinan utama DAP telah membuat komen berkias tentang keterlaluan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh DAP.

Bukanlah rahsia lagi bahawa DAP cuba untuk membuli Seng Giaw daripada arena politik seperti berlaku terhadap Boo Cheng Hau di Johor, dan sama seperti beliau bapa-pembuli Maharaja Lim Kit Siang yang ‘membunuh’ mereka yang menentang beliau dalam DAP seperti Lee Lam Thye dan Hu Sepang.

Lee Lam Thye sepatutnya sudah menjadi pemimpin DAP jika Lim Kit Siang tidak menipu dan memanipulasi keputusan pilihan raya DAP seperti yang dia kehendaki. Lam Thye bersara dari DAP dan politik.

Bagi mengurangkan kerosakan, Maharaja Lim membuat ucapan mengatakan DAP mengalami kehilangan besar dalam perjuangannya akibat perletakan jawatan Lee Lam Thye ini.

Dalam hal Tan Seng Giaw pula, beliau sepatutnya mendapat undi tertinggi dalam pilihan raya DAP 2012 dengan Maharaja Kit Siang mendapat tempat ke-7, dan Tokong jatuh kepada hanya ahli parti biasa.

Jadi kembali kepada ‘kepimpinan melalui teladan’ dan kematian Nhaveen. Jika Ketua Menteri Pulau Pinang boleh melakukan perbuatan korup dan berpura-pura tidak bersalah, apalah sangat serangan seksual dan buli jika nak dibandingkan? Ia tertanam dalam gen Pulau Pinang kini oleh kepimpinan politiknya.

Oleh itu, kerajaan negeri Pulau Pinang sendiri yang harus dipersalahkan kerana membawa budaya kekerasan ke dalam negeri itu dan menggalakkan rakyatnya untuk berkelakuan seperti pemimpinnya

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana