DAP BOTAKKAN SEMUA BUKIT DI PULAU PINANG KERANA KEJAR KEUNTUNGAN....PAKAR PH TUTUP MATA SAJA

Kemusnahan dan kerosakan yang dilakukan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang. Lebih banyak kerosakan dan malapetaka akan terus berlaku di negeri Pulau Pinang jika kerajaan parti rasis dan cauvinis DAP terus diberi kuasa mutlak perintah negeri yang terkenal dengan gelaran Pulau Mutiara itu.

Sejak parti rasis dan cauvinis DAP memerintah pada tahun 2008, maka bermulalah episod kemusnahan alam sekitar dan kehidupan rakyat Pulau Pinang. Sedikit demi sedikit parti rasis dan cauvinis DAP telah mengundang kemusnahan dan kerosakan kepada negeri dan rakyat di Pulau Pinang.

Selagi diberi peluang, selagi itu rakyat negeri tersebut akan terseksa dengan cara pentadbiran kerajaan parti rasis dan cauvinis DAP di bawah pentadbiran Lim Guan Eng yang hanya mementingkan untuk mengaut keuntungan untuk penuhkan kantung mereka sahaja.

Sepanjang sembilan tahun kerajaan DAP memerintah negeri Pulau Pinang, sudah terlalu banyak kerosakan yang telah dibuat sehingga tidak terkira. Itupun masih tidak diakui oleh parti itu, malah cuba menunding jari kepada pihak lain untuk dipersalahkan.

Jeliknya, mereka akan terus dengan lakonan mereka yang pura-pura prihatin dengan nasib rakyat. Kononnya merekalah yang memperjuangkan hak rakyat. Wahal mereka yang rakus menindas hak rakyat dan membawa kerosakan kepada negeri di bawah pentadbiran mereka.

Walau apa pun, isu terbaru yang didedahkan adalah Kerajaan DAP Pulau Pinang didakwa memungkiri janji memulihara hutan dan alam sekitar berikutan terdapat aktiviti pembersihan hutan di lebih 30 kawasan bukit di negeri itu.

Itulah yang didakwa oleh Naib Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai. Daripada jumlah tersebut, sebanyak tujuh bukit di’botak’ aktiviti yang dijalankan sejak 2014 lagi.

Dominic berkata, pihaknya telah memantau pentadbiran parti rasis dan cauvinis DAP dan 15 janji yang pernah diluahkan oleh Ketua Menterinya, Lim Guan Eng ketika mula mentadbir negeri itu pada 2008.

Meskipun banyak didedahkan kemusnahan yang dilakukan dan sikap tidak telus kerajaan DAP, namun menyedihkannya apabila ada segelintir rakyat yang masih tidak percaya. Sebaliknya menuduh ia adalah serangan politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Sebelum ini kita mendedahkan DAP di negeri itu gagal menunaikan kesemua janji itu tetapi rakyat negeri itu tidak percaya dan menuduh ia adalah serangan politik Gerakan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 kerana kalah pada tahun 2008.

“Ini serangan politik yang berasas bukan bermotifkan PRU14. DAP perlu menjawab dakwaan aktiviti penggondolan bukit paling besar di tujuh bukit ini.

“Saya tidak pasti sama ada itu pemusnahan secara haram atau dengan kelulusan kerajaan untuk pembangunan ataupun pemilik tanah persendirian. Apa pun, Exco bertanggungjawab dan Guan Eng harus buka mulut dan menjawab mengenai isu ini segera,” kata Dominic.

Tambahnya, pengguna jambatan Pulau Pinang dapat melihat dengan jelas bukit-bukit yang ‘ botak’ itu. Beliau menyenaraikan tujuh bukit menjadi mangsa aktiviti pembersihan hutan secara besar-besaran, iaitu Bukit Kukus, Bukit Sungai Pinang, Bukit Kayu Ara, Bukit Elvira, Bukit di kawasan Air Terjun Titi Kerawang, Bukit Papan Teluk Kumbar dan bukit di kawasan Empangan Teluk Bahang.

Beliau berkata demikian sebagai menyokong kenyataan Ahli Parlimen DAP Kepong, Tan Seng Giaw dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Bunga, Teh Yee Cheu yang menyentuh isu alam sekitar yang tidak dipedulikan oleh kerajaan Pulau Pinang.

Dominic berkata DAP sudah diberi peluang mentadbir negeri selama dua penggal dan harus mengambil sepenuh tanggungjawab menjelaskan keadaan sebenar serta menghentikan segera kegiatan itu sebelum bukit terbabit musnah sepenuhnya.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Kepong itu melahirkan kekesalan beliau ke atas apa yang berlaku di negeri Pulau Pinang.

Seng Giaw dalam laman Facebooknya menyatakan; “Kita mengelilingi Pulau Pinang hari ini. Kita melihat pantai berubah dan kehijauan Balik Pulau kurang. Kependudukan 850,000 memerlukan rumah dan kerja. Keutamaannya memelihara hutan dan kehijauan”.

Mengulas lanjut, Dominic menyokong kenyataan Seng Giaw kerana dapat melihat dengan jelas bukit-bukit di Pulau Pinang ditarah tanpa dikawal dan mendakwa negeri itu mempunyai penduduk seramai 1.6 juta orang manakala di bahagian pulau sahaja lebih 850,000 orang memerlukan kediaman serta peluang pekerjaan.

“Saya katakan botak seperti rambut, dan fakta yang tidak boleh dinafikan mana-mana sahaja. Yee Cheu juga mengaku Bukit Kukus sudah botak.

“Semasa Guan Eng mengambil alih negeri, tidak ada satupun pembangunan rumah kos rendah sehingga hari ini. Pada tahun 2016 Jagjit Sigh umumkan rumah mampu milik. tetapi hanya mampu lihat sahaja kerana terlalu mahal.

“Masyarakat di negeri itu tidak dapat membeli rumah kerana mahal, walaupun lebih RM300,000 pinjaman tak dapat lulus dan tiada kuasa beli,” kata Dominic.

Beliau juga mendakwa jatuh sehingga 82 peratus menyebabkan kini negeri itu menduduki di tangga keenam daripada tempat teratas suatu ketika dahulu.

Beliau berkata, semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) di bawah pentadbiran Tan Sri Koh Tsu Koon, Pulau Pinang juga terkenal sebagai Lembah Silikon, namun hilang status itu sejak parti rasis dan cauvinis DAP mengambil alih dan banyak kilang multinasional menutup operasi. – Utaranews.com
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment