DAP AKAN KENAKAN BAYARAN PARKING BAGI 290 JALAN DI PULAU PINANG

Jika ada yang mempercayai parti rasis dan cauvinis DAP merupakan parti yang telus, bukan anti perkauman dan mampu membuat rakyat tenang di bawah pimpinan mereka, itu merupakan satu kesilapan yang besar kerana mempercayainya.

Walaupun parti yang diterajui Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng itu sering melaung-laungkan bahawa parti itu akan membawa kemakmuran, bukan parti anti perkauman dan lain-lain lagi kata-kata manis yang dikatakan, itu semua hanya satu lakonan dan ‘umpan’ untuk rakyat menyokong parti itu sahaja.

Segalanya akan berubah setelah mereka dapat apa yang mereka usahakan selama ini, kemudian janji hanya tinggal janji. Itulah sikap tidak bertanggungjawab yang sering ditonjolkan oleh parti rasis dan cauvinis DAP.

Itulah yang terjadi kepada rakyat Pulau Pinang kini. Parti MCA dan Gerakan boleh menjadi saksi melihat bagaimana penyiksaan dilakukan oleh parti rasis DAP terhadap pelbagai kaum di Pulau Pinang.

Ini dapat dilihat apabila selama dua penggal rakyat di Pulau Pinang diasak dengan pelbagai kenaikan cukai. April lalu, Kerajaan DAP Pulau Pinang mengumumkan bakal menaikkan surcaj pemuliharaan air (SPA) bagi penggunaan domestik atas alasan sebagai sebahagian daripada ‘usaha’ untuk menggalakkan penggunaan air secara bijak dalam kalangan rakyat negeri ini.

Tak cukup dengan itu, Kerajaan DAP Pulau Pinang akan menambah lagi beban rakyat dengan mengenakan bayaran untuk tempat letak kereta bagi 290 jalan di Pulau Pinang, yang pada masa ini adalah percuma. Nampak tak DAP semakin ketagih buli rakyat negeri Pulau Mutiara itu?

Ini dapat dilihat melalui kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Joseph Ng yang menyatakan bahawa majlis itu telah menempatkan tempat letak kereta untuk jalan-jalan yang terjejas, seperti Karpal Singh Drive dan beberapa kawasan di Bandar Baru Air Itam dan Jalan Sultan Azlan Shah.

“Tempat letak kereta itu pada asalnya dimiliki oleh pemaju swasta, tetapi mereka menyerahkan banyak kepada majlis,” kata Ng.

Katanya, bayaran letak kereta akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

“Gazetting hanyalah satu prosedur yang perlu dilakukan agar majlis untuk mengutip caj, tetapi ini tidak bermakna kami akan mengutip yuran dengan segera,” katanya.

Pada masa ini, tempat letak kereta yang dimiliki oleh pemaju swasta dicat putih dan percuma, manakala lot majlis dicat kuning. Ng juga mengumumkan bahawa waktu letak kereta akan diseragamkan bermula 1 Julai.

Nampaknya semakin tidak tenanglah rakyat negeri Pulau Pinang di bawah pentadbiran kerajaan parti rasis dan cauvinis DAP yang di pimpin oleh Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP. Tak habis-habis Kerajaan DAP Pulau Pinang memberi ‘kejutan’ buat rakyatnya. 

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL