Cuai... pegawai pemerintah KD Perdana dilepaskan tugas

Kecuaian dan keghairan pegawai pemerintah kapal KD Perdana adalah punca kepada kehilangan bot peronda sehingga seorang pegawai dan lapan anggota hilang pada 20 Mei lalu.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) merumuskan insiden kapal KD Perdana terputus hubungan itu berpunca daripada kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin, berkata siasatan yang dijalankan mendapati insiden itu berpunca daripada kegagalan pegawai pemerintah untuk mengikuti SOP, iaitu memastikan bot yang diarahkan untuk operasi mengusir bot asing sentiasa berada di bawah pengawasannya

"Saya berpendapat siasatan menunjukkan sesuatu yang jelas, iaitu pegawai pemerintah kapal telah gagal untuk mematuhi SOP yang relevan diguna pakai ketika operasi kapal di perairan.

"Pegawai pemerintah ketika itu terlalu ghairah untuk mengusir bot nelayan yang mencerobohi perairan negara, sehingga gagal menjalankan pengawasan ke atas anak kapal yang ditugaskan mengusir bot asing dan ia adalah satu tindakan yang kita tidak boleh terima," katanya pada Isnin.

Ahmad Kamarulzaman, berkata pegawai pemerintah terbabit telah dilepaskan daripada tugas memerintah kapal dan tindakan lanjut akan diputuskan oleh Panglima Wilayah Laut 1, Datuk Mohd Reza Mohd Sany, kemudian.

"Insiden ini adalah sesuatu yang saya tidak boleh terima, terutama apabila membawa kepada pembaziran wang rakyat yang digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat.
"Untuk kes ini kita sudah kenal pasti punca dan tindakan pun telah kita ambil, dengan itu kita menutup proses siasatan," katanya.

Dalam kejadian pada 20 Mei lalu, seorang pegawai dan lapan anggota TLDM hilang apabila bot peronda mereka terputus hubungan dengan kapal induk KD Perdana di perairan Sedili, Johor.

Bot peronda dan sembilan anak kapal itu ditemui dalam keadaan selamat 90 batu nautika dari perairan timur Kuantan 2 hari kemudian.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana