CALONKAN DR MAHATHIR SEBAGAI PM SATU MUSLIHAT ‘PENDERAAN POLITIK’ PAKATAN PEMBANGKANG

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, tindakan blok pembangkang menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Harapan memenangi PRU ke-14 sebagai satu muslihat politik.

Pakatan Harapan jelas beliau, sengaja menamakan Dr Mahathir sebagai bakal Perdana Menteri kerana beranggapan rakyat akan bersimpati dengan perjuangan pembangkang.

“Pada saya, muslihat itu sudah boleh dibaca oleh rakyat malah tindakan tersebut juga dilihat sebagai bentuk ‘penderaan politik’ yang sengaja dilakukan pembangkang kepada Dr Mahathir,” tegasnya dalam entri terbaru di umnobahagiancheras.blogspot.

Katanya, adalah tidak relevan untuk blok pembangkang menjadikan Dr Mahathir sebagai alat untuk meraih sokongan rakyat bagi menjayakan agenda politk mereka.

“Saya yakin rakyat tidak mudah terpesong arah walaupun pembangkang sengaja menjadikan Dr Mahathir sebagai alat untuk menang pilihan raya,” ujarnya.

Bagaimanapun tegas Syed Ali, terpulang kepada Dr. Mahathir sama ada mahu menerima cadangan daripada blok pembangkang atau sebaliknya.

“Bagi UMNO dan Barisan Nasional (BN), kita tidak ada masalah untuk berdepan dengan mana-mana tokoh daripada blok pembangkang.

“Apabila seseorang itu termasuk bekas UMNO sudah berada di blok pembangkang, bermakna mereka musuh politik kepada UMNO dan kita akan tentang mereka habis-habisan”, katanya.

Beberapa pemimpin pembangkang dalam Pakatan Harapan sebelum ini telah bersetuju untuk mengangkat Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri jika mereka berjaya menawan Putrajaya.

Bagaimanapun di kalangan pemimpin pembangkang ada yang kurang senang dengan langkah tersebut.

Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Ahli Parlimen PKR, Johari Abdul serta Setiausaha Penganjur Dap, Anthony Loke berpendapat belum masanya lagi untuk membincangkan (perlantikan Dr Mahathir) perkara itu.

Manakala Penasihat Dap, Lim Kit Siang pula secara ringkas berkata majlis pimpinan Pakatan Harapan akan membat keputusan.

Sementara itu, bekas Ketua Pembangkag, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menjelaskan pemilihan Dr Mahathir mesti terlebih dahulu mendapat persetujuan dan restu Pakatan Harapan.

Anwar yang turut dinamakan sebagai bakal Perdana Menteri memberitahu media di komplek Mahkamah Syariah Shah Alam, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Syed Ali mengingatkan pembangkang supaya tidak menjadikan sumbangan Ramadhan atau Aidil Fitri sebagai umpan politik untuk menarik sokongan pengundi.

Sebaiknya kata beliau, sumbangan tersebut hendaklah dibuat berasaskan kepada sikap tanggungjawab yang ikhlas untuk membantu golongan sasaran dan fakir miskin.

Katanya, agama Islam sememangnya menganjurkan umatya supaya sentiasa melakukan sedekah atau membantu yang memerlukan terutama pada bulan mulia seperti Ramadhan yang disambut oleh umat Islam seluruh dunia.

“Tetapi, sumbangan atau bantuan tersebut tidak mempunyai unsur-unsur politik bagi meraih sokongan pengundi,” tegasnya.

Beliau kesal kerana sejak kebelakangan ini pemimpin politik terutama daripada blok pembangkang menjadikan sumbangan Ramadhan sebagai gelanggang untuk berkempen.

Syed Ali menarik perhatian insiden di Masjid An Nur Kampung Melayu Subang, baru-baru ini yang digunakan Ahli Parlimen PKR Subang,S. Siravasa untuk memberikan sumbangan ambil berceramah politik telah menimbulkan kemurkanaan Sultan Selangor.

“Insiden itu merupakan bukti betapa pemimpin pembangkang langsung tidak menghormati institusi masjid dan senstiviti umat Islam,” katanya.

Menurut beliau, tindakan pemimpin politik bukan Islam yang seperti mempunyai kebebasan keluar masuk masjid dengan niat untuk berpolitik amat membimbangkan.

“Hari ini, bukan Islam seolah-olah beranggapan setiap kali Ramadhan, mereka bebas untuk masuk masjid dan hulurkan bantuan sambil berkempen, ini perbuatan tidak senonoh dan tidak bersopan,” ujarnya lagi.

Menurut Syed Ali, umat Islam di negara ini sememangnya menghormati kebebasan beragama seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Oleh sebab itu, tidak ada umat Islam yang dilaporkan tergamak untuk dengan sengaja memasuki kuil atau tokong. Ini kerana mereka menghormati penganut bukan Islam,” tegasnya.

Tambah beliau lagi, ruang dalam masjid adalah tempat umat Isalm menunaikan solat disamping melakukan aktiviti ibadat termasuk tazkirah dan sebagainya.

“Untuk bukan Islam, mereka boleh menyalurkan sumbangan atau bantuan kepada yang memerlukan hanya diperkarangan luar masjid atau surau sebagai tanda mereka menghormati institusi berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL