BUDAK HINGUSAN ARMADA JANGAN UJI LAUTAN GELORA, PESAN KHAIRUDDIN

Koordinator Deklarasi Rakyat, Datuk Khairuddin Abu Hassan mengingatkan ahli Armada PPBM supaya tidak menyinggung perasaan rakan seperjuangan mereka dalam Pakatan Harapan.
Menurutnya, sebagai organisasi yang baru ditubuhkan dan masih mentah dalam arena politik tempatan, barisan kepimpinan Armada perlu memberi tumpuan kepada gerak kerja menambah ahli mereka terlebih dahulu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Khairuddin turut mempersoalkan tindakan exco pusat Armada yang mempertikaikan kelayakan Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri Malaysia akan datang.

“Budak hingusan exco Armada PPBM ini baru setahun jagung masuk politik tak perlu nak komen tentang perkara yang dia sendiri tidak faham! Ilmu politiknya masih terlalu cetek untuk nak buat kenyataan mengenai pengerusi partinya sendiri.

“Saya tak faham dengan kalangan budak-budak hingusan dalam Armada PPBM ini. ‘Kail sejengkal dah nak uji lautan gelora!!’

“Armada PPBM ini hebat sangat ke? Berapa keahlian Armada PPBM di seluruh negara kini?! Apa isu ‘prominent’ yang Armada PPBM perjuangkan selama ini?

“Anak-anak muda dalam Armada PPBM harus tumpu pada gerak kerja untuk menguatkan parti Bersatu serta Pakatan Harapan! Hal ehwal lain tak perlu masuk campur kerana ilmu politik mereka terlalu cetek lagi,” katanya.
Semalam, Exco Armada Pusat, Abd Wahazir Abd Wahabi berpendapat, dalam Pakatan Harapan ramai yang ‘tidak waras’ kerana menamakan ramai calon sebagai Perdana Menteri Malaysia. – MalaysiaGazette
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment