BODOHNYA PAKATAN!! HAKIM YANG BUAT KEPUTUSAN, BUKAN PENDAKWARAYA, NAK BAYAR BUAT APA?

TAKTIK Mahathir dan kuncu-kuncunya dalam Pakatan menggunakan Sarawak Report untuk memfitnah Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak ini, sudah diketahui rakyat Malaysia.  Kita pun dah bosan dan tidak begitu ambil peduli mengenainya.  Benda bodoh dan tak logik semuanya.  Malah, ramai yakin semua tuduhan itu datang dari Mahathir dan Pakatan sendiri, Sarawak Report hanya menyiarkannya sebab sukar nak ambik tindakan undang-undang kerana berpengkalan di luar negara.

Kaitan orang-orang Pakatan dengan Sarawak Report bukan lagi rahsia, gambar di atas itu saja adalah buktinya.  Begitu juga dengan kes pembocoran dokomen Petro Saudi membabitkan bekas Eksekutifnya Xavier Justo di Thailand, bersepah nama orang Pakatan dikaitkan.  Tak pun kita dengar orang Pakatan pergi Thailand saman Justo kan?

Seperti dalam tuduhan terbaru konon Najib membayar seorang peguam terkenal yang bertindak sebagai pendakwaraya dalam kes liwat Anwar di Mahkamah 2 tahun lepas sebanyak berjuta-juta ringgit (katanya untuk memastikan Anwar didapati bersalah), ini tuduhan bodoh macam mana?  Yang buat keputusan salah ke tidak dalam apa juga kes di Mahkamah ialah Hakim, kenapa pendakwaraya pulak yang kena bayar untuk pastikan Anwar didapati bersalah?

Lagipun, memang kerja Pendakwaraya untuk pastikan orang kena tuduh didapati bersalah, ini memang mana-mana dalam dunia berlaku, bukan di negara ini saja.  Jadi, buat apa nak bayar benda yang memang jadi kerja dia?

Dahlah tu, seperti mana fitnah-fitnah yang sebelumnya hanya ada air liur yang berterabur, buktinya, dokumen sahnya mana?  Slip bank ke apa ke, kita nak jugak tengok tapi haram tak nampak sampai sudah.  Nak suruh siasat pun mesti ada asas, setakat cakap saja, banyak lagi kerja lain polis boleh buat.

Anyway, kalau ada bukti kukuh macam itu, mereka tidak akan gunakan Sarawak Report ye tak? Dengan bukti itu terus pergi buat laporan.  Sebab takde bukti wujud sebarang kesalahanlah maka digunakan Sarawak Report.

Jadi semudah itu juga fitnah ini dipatahkan.  Orang kadang-kadang terlupa benda mudah macam ini (hakim yang buat keputusan bukan pendakwaraya), lagi-lagi penyokong Pakatan. Semua daripada mereka lahir memang dah bodoh, hidup untuk dibodohkan dan mati esok pun dalam kebodohan juga.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment