Bila Guan Eng-Seng Giaw main 'sorok-sorok'....

Lawak menang lawak.Namun mesti ada cerita disebalik lawak antara Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan Ahli Parlimen DAP Kepong Dr Tan Seng Giaw.

Boleh percaya ke Setiausaha Agung DAP itu pada Rabu semalam dakwa Seng Giaw tidak dapat dihubungi sejak awal tahun ini.

Kalau kira dari Januari sudah lebih lima bulan lamanya.

Seng Giaw bukan menetap di Timbaktu dan Guan Eng di Congo....seorang di Kepong dan seorang di Pulau Pinang.

Pada masa yang sama wartawan dari beberapa media telefon dan dapat bercakap dengan Seng Giaw pada Rabu.

"Kita akan tangani hal beliau secara dalaman,tapi beliau tidak dapat dihubungi sejak awal tahun ini,” itu kata Guan Eng dalam sidang akhbar.

Sebaliknya Seng Giaw ketika dapat dihubungi wartawan kata, “ Kamu dapat saya bukan.Susah ke awak hubugi saya? Cukup senang,no problem.”

Jadi drama apa yang sedang ditayang oleh DAP ini?

Ini dikatakan timbul setelah Seng Giaw ada kritik soal kehijauan terhakis,masalah perumahan dan  pekerjaan di Pulau Pinang dalam laman facebooknya.

Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP ialah bos nombor satu DAP…dan Seng Giaw pula ialah otai  dalam DAP.

Beliau sudah menjadi Ahli Parlimen Kepong selama hampir 36 tahun lamanya.

Dalam usaha segera untuk memintas kritikan Seng Giaw,Ketua Menteri itu telah mengeluarkan statistik untuk tunjuk kerajaan pimpinannya tidak bikin gondol hutan seperti negeri-negeri lain.

Katanya Seng Giaw tidak pernah suarakan hal itu kepada parti sebelum ini.

Sebelum ini bukanlah menjadi rahsia bahawa kalangan pembangkang khususnya dalaman DAP kurang senang dengan pendirian politik Seng Giaw kerana kurang kritikal terhadap kerajaan.

Contohnya dalam isu 1MDB.Seng Giaw yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara di Parlimen (PAC)  secara terbuka kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Lembaga Penasihat tidak harus dipersalahkan.

Katanya lembaga pengarah dan mereka yang urus syarikat yang harus disiasat.

Perang dingin sudah lama membara…apakah kisah lawak main sorok-sorok ini satu petanda ‘perang besar’ akan meletup antara mereka selepas ini? 
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment