Bila Bukan Islam Berlagak Muslim....Iman Tidak Rosak Jika Berniat Puasa Kerana Malaysia – Pastor Sivin Kit

Kuala Lumpur: Sivin Kit, seorang pastor dari Bangsar Lutheran Church menggesa rakyat negara ini untuk berpuasa kerana Malaysia.

Acara ini mengumpulkan pendukung gerakan LGBT, pluralisme agama dan aktivis gereja bertujuan mengajak kesemua mereka dan rakyat Malaysia yang ingin bersama mereka turut sama berpuasa kerana Malaysia.

Menurut Lyana Khairuddin, jika gerakan dan perjuangan aktivis-aktivis ini diserlahkan maka, naratif perjuangan akan semakin kuat, ini kerana kita semua adalah rakyat Malaysia dan saling menerima antara satu sama lain.

“Ini adalah negara kita, kita semua adalah orang Malaysia dan saling menerima antara satu sama lain,” tegas Lyana Khairuddin.

“Ada beberapa kumpulan yang tidak berfikir seperti itu, tetapi semakin kita menyerlah, naratif kita akan semakin kuat, bertentangan dengan apa yang penentang kami inginkan,” kata Lyana.

Sivin Kit pula sebelum ini telah beberapa kali mengadakan program bersama belia Melayu Islam di gereja. Sivin kit berpendapat bahawa, tidak ada sesiapa yang patut terasa imannya tergugat dengan menyertai acara ini.

“Acara ini bukan untuk menghasut atau membuat provokasi. Ianya adalah program yang sangat merendah diri dan tiada agenda besar,” kata Sivin Kit.

Namun kata-kata Sivin Kit kelihatan seolah-olah bertentangan dengan dakwaan Lyana Khairudin sebelum ini yang ingin menyampaikan naratifnya tersendiri.

Kenyataannya juga bertentangan dengan kenyataan yang dibuat oleh tokoh-tokoh agama Islam sebelum ini seperti Mufti Selangor yang menyatakan dengan jelas, bahawa niat berpuasa oleh orang Islam hanya kerana Allah dan tidak boleh disekutukan dengan sebarang niat lain.

Mitch Yusmar Yusof, seorang aktivis pak nyah berpendapat bahawa, manusia perlu berganjak daripada mempersoalkan orientasi seksual, identiti agama atau bangsa.

“Mereka perlu berganjak daripada mempersoalkan orientasi (seksual) kita, identiti atau latar belakang agama, kerana ini adalah satu acara yang suci,” tegas Mitch.

Program yang diadakan sejak 2009 ini menggalakkan peserta untuk mengabadikan nilai-nilai pluralisme, kebebasan beragama mutlak (termasuk kebebasan untuk murtad) dan saling menerima antara satu sama lain tanpa mengira fahaman mahupun orientasi seksual.

Menurut laporan yang diterbitkan oleh The Malaysian Insight, program ini akan bermula dengan sahur di Restoran Pelita Bangsar pada jam 4 pagi dan kemudian berkumpul semula untuk berbuka pada jam 6:45 petang di Restoran Chawan, Bangsar 
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment