Bila agaknya Zaid berdoa, soal Nik Abduh

SHAH ALAM: Bekas Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz membidas kenyataan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang mempertikaikan tindakan juruterbang Air Asia yang meminta penumpang supaya berdoa ketika pesawat penerbangan Perth-Kuala Lumpur itu mengalami masalah teknikal.

Sambil menyindir Zaid, bekas Ketua Pemuda PAS itu dalam catatan di Facebook beliau berdoa adalah fitrah manusia meskipun hidup dalam keadaan leka untuk mengingati Allah atau penciptanya.

"Di dalam al Quran di banyak tempat, Allah menggambarkan saat kegetiran terumbang-ambing dibadai gelora besar di tengah lautan (apatah lagi kalau di langit tinggi seperti kes penerbangan AirAsia semalam).

"Seluruh penumpang kapal yang tak pernah ingat Allah pun akan mengangkat tangan berdoa memohon pertolongan dan pembabasan daripada kecelakaan.

"Ia adalah fitrah manusiawi yang tersembul keluar dari dalam diri manusia hatta mereka yang hidup penuh alpa daripada mengingati Allah sekalipun," tulisnya didalam laman Facebook.

Zaid didalam laman Twitternya semalam mengkritik tindakan juruterbang Air Asia yang meminta para penumpang untuk berdoa untuk keselamatan ketika situasi cemas itu sebelum pesawat berkenaan mendarat kembali ke Perth selepas 90 minit didalam penerbangan.

"Juruterbang AirAsia memohon penumpang untuk berdoa disaat genting semasa penerbangan ke Perth. Oh Tuhan, saya lebih suka jika juruterbang itu tidak beritahu yang ajal akan datang" tulisnya dilaman Twitter.

Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas turut mempersoalkan bila kali terakhir Zaid berdoa kepada Tuhan.

"Saya cuba mengagak bila agaknya Dato Zaid Ibrahim berdoa kepada tuhannya? Bila saatnya?

"Saya doakan saatnya nanti, fitrah Dato Zaid Ibrahim akan tersembul keluar. Biar Allah tunjukkan dengan hikmat-Nya bahawa untuk menagih harapan hidup dan umur lebih panjang, dia akan dipaksa fitrahnya untuk turut berdoa kepada tuhannya.

"Setakat ini, jawaban yang saya dapat ialah mengapa ada juga Melayu muslim yang begitu marah dan bencikan PAS. Ya, kerana PAS mengajar ahlinya untuk sentiasa BERDOA semoga PAS berjaya mara ke Putrajaya nantinya ," katanya lagi.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment