BERSEDIAKAH MAHATHIR & MALAYSIAKINI ANJUR SIDANG MEDIA DEDAH BUKTI ROSMAH TERIMA BELIAN USD 27 JUTA?

MENJELANG Hari Raya Aidilfitri ini, portal pro pembangkang Malaysiakini dan Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad saban hari bersemangat benar memviralkan isu cincin bernilai USD 27 juta (bersamaan RM116 juta) menurut laporan dari DOJ.

Untuk menambah lagi kelazatan jalan cerita tersebut, Malaysiakini dan Dr Mahathir mengaitkan perkara tersebut dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang dikatakan telah menyalah guna wang rakyat bagi kepentingan diri sendiri.

Sudah lama nama Rosmah tidak dipetik atau dijadikan sasaran puak pembangkang dalam menyerang pihak kerajaan. Di bulan Ramadan ini ia kembali semula. Ini menandakan bahawa mereka (pembangkang) benar-benar sudah tiada modal untuk memfitnah musuh utama mereka iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

Baiklah, sekiranya benar bagai diserang dan diviralkan oleh Malaysiakini serta Dr Mahathir di media sosial, adakah mereka punya keberanian untuk melakukan sidang media khas bagi menjawab segala persoalan yang masih tidak terjawab daripada pihak media?

Beranikah bekas Perdana Menteri diktator selama 22 tahun dan portal penyebar fahaman pembangkang itu berhadapan dengan para wartawan dan pihak media untuk menjelaskan perkara yang mereka ketahui terhadap isu yang mereka sendiri cuba tuduhkan itu?

Sekadar bercakap atau menulis dalam gelanggang sendiri sambil disahut oleh pasukan sendiri, ia tidak cukup untuk membuktikan bahawa segala apa yang terkeluar dari sumber yang mereka petik itu merupakan sesuatu yang sahih lagi tepat.

Jika Malaysiakini dan Dr Mahathir berani, nyatakan tempat, tarikh dan masa sidang media tersebut mengikut ‘selera’ mereka sendiri. Pasti ramai media yang akan sudi hadir. –Tv14
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment