BERANIKAH MALAYSIAKINI & MAHATHIR BUAT SIDANG MEDIA TENTANG “CINCIN RM 116 JUTA ROSMAH”?

KITA melihat portal Malaysiakini dan Mahathir hampir setiap hari memainkan isu cincin bernilai USD 27 juta (RM 116 juta) dalam laporan terbaru DoJ yang kemudian cuba dikaitkan dengan isteri Perdana Menteri, Datin Sri Rosmah Mansor – secara tidak langsunglah tentunya.  Penulis ada banyak bukti yang menunjukkan sebilangan orang mula percaya penglibatan Rosmah dan cincin itu (sekalipun tidak ada bukti sama sekali yang mengaitkannya) – berdasarkan laporan/kenyataan media Malaysiakini dan Mahathir.

Tengok komen-komen dalam setiap artikel berkaitan tu pun dah cukup.

Sekalipun kita tahu faktanya nama Rosmah tidak disebut dimana-mana dalam laporan DoJ tersebut dan Mahathir sendiri (setakat hari ini) tidak berani secara terus terang menuduh Rosmah pernah memiliki cincin itu tapi semua laporan yang disediakan seakan membawa persepsi  seolah-olah ia adalah Rosmah yang menerima cincin itu dari Jho Low.

Justeru, rakyat patut bertanya jika Malaysiakini atau Mahathir, berani mengadakan sidang media, menjelaskan dengan lebih terperinci dengan bagaimana cincin ini dikaitkan dengan Rosmah sekalipun nama Rosmah langsung tidak disebut dalam laporan DoJ tersebut?  Sebab nampak seolah Malaysiakini dan Mahathir ada banyak maklumat tentang perkara tersebut seperti cerita menerima email terus dari DoJ dan sebagainya.

Cakap pasal email dari DoJ, ini pun satu hal, email dari DoJ untuk menjawab persoalan Datuk Rahman Dahalan, dihantar kepada Malaysiakini pulak, kenapa tak hantar pada Rahaman Dahalan terus?  Yang mempersoalkan DoJ ni Rahaman Dahalan ka atau Malaysiakini sehingga jawapan kepada Menteri itu dihantar kepada portal tersebut?

Tapi itu cerita lainlah, sekarang ni berani atau tidak mengadakan sidang media terbabit supaya banyak pihak boleh bertanyakan soalan kenapa Rosmah dikaitkan mereka dengan cincin tersebut bila nama beliau tidak dinyatakan dalam laporan DoJ itu.  Tak usah tanya buktilah lagi, ni baru nak tanya kenapa persepsi ini cuba dimainkan bila Rosmah jelas sama sekali tidak ada kena mengena?

Email dari DoJ itu pun (kalau ianya wujud) secara terus terang menyebut “tiada kesimpulan yang sepatutnya dibuat dalam apa cara sekalipun, tentang status individu-individu atau entiti-entiti hanya kerana mereka dinamakan dalam dokumen” – itu kalau dinamakan sedangkan nama Rosmah langsung tak ada, tapi berbanding yang lain (yang namanya disebut dalam laporan), nama Rosmah (nama tak ada dalam laporan) paling banyak disebutkan bila perbincangan mengenai isu ini timbul!!

Tak apalah kalau dalam sidang media itu nanti, semua yang terlibat ni beri alasan nak tarik pembaca, rating, kejar like atau memang dibayar untuk melakukan seperti itu – bukan kita nak pertikaikan pun, cuma nak tahu kenapa, itu saja.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment