BERANIKAH MAHATHIR SAMAN PIHAK YANG DEDAH KEKAYAAN ANAK-ANAKNYA?

MAHATHIR semalam dikhabarkan mencabar Datin Sri Rosmah Mansor supaya menyamannya berhubung dakwaan kononnya Rosmah menerima barang kemas dari Jho Low bernilai ratusan juta ringgit.  Dari pemeriksaan lanjut bagaimanapun menunjukkan, tidak ada dimana-mana Mahathir secara terus terang  menuduh Rosmah menerima barang kemas tersebut, nak saman macam mana?

Dokumen DoJ yang dijadikan isu sangat itupun tidak langsung menyebut nama Rosmah.  Jadi, saman apa yang Mahathir katakan ni?

Tapi nampak lancar saja Mahathir menyebut soal saman bila bercakap tentang orang lain, yang dia tu banyak sangat ke dah saman orang?  Tak usah cerita pasal segala dakwa dakwi sepanjang dia tu sendiri jadi Perdana Menteri, ni, pihak yang cabar dedahkan punca kekayaan anak-anak dia tu, ada Mahathir saman ke?

Bukan kata di luar saja, orang dalam parti Mahathir sendiri pun ramai yang bertanyakan soal itu, bila nak saman?

Padahal, plot ceritanya lebih kurang sama jugak, seperti mana dokumen DoJ mendakwa Jho Low membeli barang kemas kononnya menggunakan wang yang dicuri, kekayaan anak-anak Mahathir pun dikaitkan dengan kedudukan dia sebagai Perdana Menteri, samanlah.

Apa tak berani saman?
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment