Benar lah kata orang , Mahathir bukan nya Perdana Menteri yang baik, tetapi Perdana Menteri yang bernasib baik.

Najib Perdana Menteri yang baik tetapi tidak bernasib baik.

Ketika Mahathir jadi Perdana Menteri seorang bertaraf Professor yang bijak pun tidak dapat bersuara untuk mengkritik nya , ini kerana ketika itu semua aliran media di bawah penguasaan Mahathir.
Sama ada media cetak atau eletronik ia tetap di bawah penguasaan Mahathir.
Individu bijak seperti Professor Syed Naguib al Atas pun tidak dapat menibai nya secara terbuka.
Dizaman Najib pula , individu bertaraf sampah pun boleh up kan status bodoh nya walaupun tidak tahu hal sebenar dan hal sebalik tirai.

Individu yang seumur hidup tidak pernah membeli buku atau surat khabar pun boleh komen memperli dan mengkritik Najib secara “direct”.

Tambah lagi Perdana Menteri bernasib baik menguruskan 18 juta manusia yang tiada saluran bersuara dan Perdana Menteri tidak bernasib baik menguruskan 30 juta manusia yang hampir separuh miliki senjata “smartphone” dan akaun FB dan lain lain

Itu lah beza nya Perdana Menteri yang baik dan Perdana Menteri yang bernasib baik.
Bercerita berkenaan nasib baik pun ada had dan limit nya.
Nasib Tun Mahathir semenjak salin kulit dari anti segala nya dan kemudian bertukar menjadi pro segala nya , dari pro lgbt , pro chauvinis sehingga lah pro media barat kini menjadi semakin tidak baik.

Sebelum ini portal dan editor TV14 sudah lama memberi tahu akan kehebatan Mahathir mengguna kan “network” dan “talibarut” untuk melaksana kan tugasan nya.
Mahathir nampak bersih dan tenang tetapi di belakang , semua saluran dan gurkha nya di guna kan untuk macam macam kerja dan tugasan , dari berjumpa wakil luar negara untuk membeli media untuk lapor berita 1MDB yang di karang di Malaysia , sehingga lah kerja berjumpa Justo , Claire Brown dan WSJ.

Selain itu orang tertentu juga di guna kan untuk membatal kan debat harta Mahathir tetapi cara nya menampak kan bahawa pihak UMNO yang tidak mahu debat, itu lah hebat nya Mahathir.
Berbalik kepada tajuk kita berkenaan kedapatan kes Prima facie pada isu kehilangan wang rakyat melalui “task Force”.

Ketua Task Force Tan Sri Mohd Sidek Hassan mendapati ada kes dan wang lesap didapati lebih tinggi dari yang di laporkan di Parlimen dan kepada kabinet.
Malah di percayai jumlah kerugian hanya helah untuk melesapkan wang dan ada unsur unsur di songlap sambil di longgok kan yang di kebas kedalam jumlah kerugian.
Maka sebelum bermula perbicaraan pun sudah established satu dakwaan ia itu menipu Parlimen dan kabinet. Itu pun sudah layak di masuk kan kedalam ‘jel”.

Pada perbicaraan ini , Tun Mahathir hanya ada 3 pilihan sahaja.

mengaku “lupa” , “saya tak ingat” , “itu kisah lama , mana saya nak ingat”(tapi pasal 1mdb semua dia ingat)membuat kenyataan mahu selamatkan tengkok (tapi lain dari laporan Anwar dan hansard serta buku Lim Kit Siang menggunakan tipu helah dan kerja belakang tabir mulai dari sekarang. Itu sahaja yang Mahathir boleh lakukan.

Mahathir berharap rakyat berbual pasal 1MDB dan rantai loket serta cincin Rosmah, tapi sebalik nya rakyat berbual pasal Mahathir sekeluarga ber hari raya di London di negara GST tinggi dan negara “boleh jumpa Claire brown”.

Mungkin budak bunga boleh terima apa sahaja , tapi kami kenal lama Tun Mahathir maka kami “assume” ada pertemuan sulit di adakan memandangkan Mahathir sedang tersepit dan terdesak.
Mahathir bukan sekadar beraya di London, dia sedang merencanakan 'big plan' untuk terus mengkhianati negara dan rakyat Malaysia.

Tambahan pula editor Sarawak Report, Rewcastle Claire Brown sedang berhadapan dengan tindakan saman dari PAS di Mahkamah Tinggi, London.

Kutipan derma yang diperolehi oleh Claire Brown tidak mencukupi sekiranya dia kalah saman selain dari bayaran-bayaran tunggakan lain yang perlu dibayar Mahathir atas kerjasama Claire Brown memfitnah Islam dan kepimpinan Islam Malaysia.

Adalah lebih baik Mahathir mengutamakan Claire Brown dan kaum keluarganya berbanding para pengikut dan penyokongnya di Malaysia.

Apa pun ucapan hari raya tetap di sampai kan walaupun Tun Mahathir sedang berhari raya di sana mendecoy kan semua orang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana