Bekas Ahli BERSATU Saman Muhyiddin...Apa Sudah Jadi Ni

KUALA LUMPUR: Bekas ketua aktivis PPBM Negeri Sembilan, Mohd Anas Sudin hari ini memfailkan saman fitnah RM10 juta terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Peguam, Hazwan Mohd Nor berkata, saman itu difailkan kerana Muhyiddin menuduh anak guamnya ahli PKR ketika mengetuai 500 ahli PPBM di Rembau keluar parti 2 bulan lalu, sedangkan Anas ialah ahli PPBM dan langsung tiada kaitan dengan parti reformasi itu.

“Kita sudah memfailkan saman terhadap Muhyiddin atas dakwaan fitnah seperti yang diarahkan anak guam saya.

“Beliau menuntut Muhyiddin memohon maaf atas fitnah yang dibuat pada 6 April 2017 di lobi Parlimen, di mana kenyataan tersebut (Anas ialah ahli PKR) adalah tidak benar dan kenyataan itu memberi kesan teruk kepada anak guam saya.

“Anas juga menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta ke atas kesan fitnah tersebut,” kata Hazwan.

Sementara itu, Anas berkata, beliau menyaman Muhyiddin kerana ingin menjaga maruah diri dan keluarganya.

Katanya, fitnah itu memberi gambaran buruk kepadanya sehingga ada yang menggelarnya “lalang” dan “tupai” kerana sering melompat parti.

“Saya tidak pernah menjadi ahli PKR dan tidak pernah menyertai parti pembangkang lain, termasuk DAP, Amanah atau PAS. Saya cuma berkawan dengan mereka.

“Muhyiddin kata saya ahli PKR, sedangkan ketika saya keluar PPBM, saya ahli PPBM dan saya ketua aktivis PPBM Negeri Sembilan. Malah, Muhyiddin sendiri bergambar dengan saya semasa mesyuarat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Kesan lain adalah tekanan kepada saya, orang tuduh saya sebagai ‘lalang’ dan ‘tupai’. Saya amat kecewa kerana saya bersama Umno 30 tahun, saya tidak ada kaitan dengan PKR,” katanya di lobi Kompleks Mahkamah di Jalan Duta.

Pada 5 April lalu, Anas mengetuai 500 ahli PPBM Bahagian Rembau mengisytiharkan keluar parti serta-merta kerana hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan parti yang diterajui Muhyiddin.

Anas turut mendakwa PPBM mengamalkan kronisme, selain mereka tidak berpuas hati dengan kepimpinan Muhyiddin dan Timbalan Presiden, Mukhriz serta ahli jawatankuasa yang dilantik masih ialah ahli Umno dan hala tuju parti yang kabur.

Muhyiddin kemudiannya menyifatkan kumpulan bekas ahli itu sebagai dangkal kerana sebahagian daripada mereka, termasuk Anas merupakan ahli PKR. Anas menafikan dakwaan beliau sudah berdaftar sebagai ahli parti reformasi itu.

Dalam perkembangan lain, Anas mendakwa Muhyiddin tidak mempunyai pengaruh dan tidak layak menjadi presiden PPBM, sebaliknya bekas timbalan perdana menteri itu sekadar menumpang pengaruh Dr Mahathir untuk mendapatkan sokongan rakyat.

“Kepimpinan Muhyiddin terlalu lemah dan tidak ada aura. Sebagai contoh, dia datang berceramah di Negeri Sembilan tanpa kehadiran Dr Mahathir, tidak sampai 100 orang datang sebab aura dia bergantung kepada Dr Mahathir sahaja.

“Nasihat saya kepada rakan-rakan dalam PPBM, keluarlah parti dan sertai parti pembangkang lain kerana dalam PPBM terlalu banyak pemimpin tikam belakang,” katanya yang bertegas tidak akan kembali kepada Umno.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana