ARMADA mahu EXCO dirujuk ke lembaga disiplin

PETALING JAYA : Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mahu seorang EXCO-nya dirujuk kepada Lembaga Disiplin PPBM berhubung penganjuran satu sidang media menggesa pucuk pimpinan menjawab pelbagai isu. Ketuanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menjelaskan kewajaran untuk berbuat demikian memandangkan Muhammad Hafiz Azhar, sudah mengeluarkan kenyataan terbuka dan tidak melalui saluran sepatutnya. Beliau berkata, Muhammad Hafiz yang juga Pengerusi Biro Keselamatan ARMADA perlu dirujuk ke lembaga terbabit yang dipengerusikan Tan Sri Sanusi Junid, bagi membolehkan dirinya mempertahankan kenyataan asalnya.

"Kita mahu beliau melalui satu proses yang adil. Menerusi lembaga disiplin, beliau boleh memberikan kenyataan dan mempertahankan pandangannya. Segala keputusan selepas itu akan ditentukan mereka (lembaga disiplin PPBM)," katanya pada sidang media, hari ini. Beliau juga kecewa, tidak dimaklumkan mengenai sidang media yang dibuat Muhammad Hafiz, sambil menjelaskan kenyataannya itu sama sekali tidak mewakili dan bertentangan dengan pendirian ARMADA pusat.

Syed Saddiq berkata, pihaknya juga kesal kerana Hafiz menggunakan kepala surat ARMADA pusat bagi menjemput wakil media untuk membuat liputan, biarpun ia tidak pernah dipersetujui pimpinan sayap pemuda PPBM itu. Beliau mengulas tindakan Muhammad Hafiz mengadakan sidang media meminta Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin tampil dan membersihkan nama dengan menafikan tuduhan skandal bersama seorang wanita yang dipercayai bernama Nika Ghee. Muhammad Hafiz juga menerusi sidang media sama mahu Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan mengenai kekayaan luar biasa anak-anaknya. Mengulas lanjut, Syed Saddiq juga menjelaskan, Muhammad Hafiz sebelum ini gagal menghadirkan diri dalam tiga forum dianjurkan ARMADA bersama Dr Mahathir, Muhyiddin serta Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana