Apa Salahnya Berdoa? - CEO Kumpulan AirAsia X

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun membidas Datuk Zaid Ibrahim kerana mengkritik juruterbang penerbangan AirAsia X D7237 yang meminta para penumpangnya berdoa demi keselamatan mereka.

"Apa salahnya berdoa dalam apa jua agama apabila anda berada dalam kesulitan dengan meminta pertolongan daripada Tuhan ketika melakukan apa sahaja yang terdaya?," soal Kamarudin.
"Membuat kenyataan memang mudah apabila anda selamat di darat," katanya.
Menerusi satu kenyataan di halaman Facebook beliau pada Selasa, Kamarudin berkata, beliau juga akan melakukan perkara yang sama.

Beliau memuji juruterbang yang tenang dan mengawal keadaan dalam memastikan keselamatan semua di dalam pesawat.

Pada Isnin, Zaid menerusi siri tulisan di Twitter berkata, juruterbang tersebut tidak seharusnya meminta para penumpang berdoa semasa pesawat itu mengalami masalah teknikal.
Pesawat yang membawa kesemua 359 orang itu dalam penerbangan dari Perth ke Kuala Lumpur pada Ahad lalu terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Perth selepas satu jam dan 30 minit akibat masalah teknikal.

Para penumpang dilaporkan memberitahu bahawa pesawat Airbus A330 tersebut bergegar seperti 'mesin basuh'.

Pesawat itu mendarat dengan selamat pada pukul 10 pagi (waktu Perth), kira-kira tiga jam selepas ia berlepas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana