ANWAR IBRAHIM TETAP CALON PM PAKATAN HARAPAN – SAIFUDDIN ABDULLAH...ADA ORANG TAK SUKA MADEY

Keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tidak menjadi calon perdana menteri bukanlah tetap dan muktamad, kata Pakatan Harapan.

Ketua setiausahanya berkata keputusan Anwar melambangkan ciri seorang negarawan yang menunjukkan rasa sayang kepada rakyat.

“Itu menunjukkan beliau menyayangi rakyat melebihi dari yang lain. Tetapi beliau tetap calon perdana menteri nombor satu.

“Mungkin bukan untuk Pilihan Raya Umum ke-14, tetapi dalam politik tiada yang pasti,” kata Datuk Saifuddin Abdullah.

Bagaimanapun, bekas timbalan menteri itu tidak menghuraikan lebih lanjut bagaimana Anwar boleh diangkat menjadi perdana menteri.

Anwar kelmarin mengumumkan untuk tidak menawarkan diri sebagai calon perdana menteri bagi mengelakkan pergeseran berterusan berhubung jawatan itu.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebelum ini mencadangkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi dan presiden Pakatan Harapan.

Anwar pula dicadangkan sebagai penasihat manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan pengerusi Pakatan.

Datuk Seri Azmin Ali dicadangkan menjadi timbalan presiden Pakatan manakala Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu masing-masing dicadang menjadi naib presiden. – MalayMail
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment