Allah panjangkan umur Tun M untuk buat kerja iblis

AMPANG – Selepas balik daripada mengerjakan umrah, Ketua Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos tampil menyampaikan tazkirah agama sebelum memulakan sidang media hari ini.

Sebelum memulakan sidang media berkenaan Department of Justice (DoJ) Amerika Syarikat, beliau menyampaikan tazkirahnya berkenaan asal-usul kejadian Nabi Adam A.S selama lebih kurang tiga minit.

Pada akhir tazkirah tersebut, Jamal mengaitkan cerita penanggguhan laknat Allah terhadap iblis dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Allah tangguh laknat terhadap iblis sehingga hari kiamat, begitu juga seorang lagi manusia diberi penangguhan iaitu Mahathir Mohamad. Sebab itulah umur beliau panjang sehingga 91 tahun dan masih lagi berupaya melakukan kerja-kerja seperti iblis ini,” katanya.

Sehubungan itu, Jamal mengecam sekeras-kerasnya tindakan Pengerusi PPBM itu yang dikatakan bersubahat dengan pihak luar untuk menjatuhkan kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak.

“Peranan Tun Mahathir dengan konco-konconya yang juga sebagai biawak hidup, membawa jutaan ringgit untuk mamberi rasuah kepada DoJ. Tujuannya untuk menjatuhkan kerajaan Najib dengan fitnah pembelian barang-barang kemas oleh isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor.”

“Kami yakin dan percaya perkara ini satu agenda jahat daripada mantan PM selama 22 tahun ini. Beliau ini diberikan penangguhan usianya seperti iblis. Inilah manusia berwatak dajal sebelum dajal sebenar muncul ke dunia ini,” katanya.

Semalam, Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Abdul Rahman menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dicetuskan oleh penulis blog, Raja Petra Kamaruddin berkenaan penglibatan Tun mahathir, Tun Daim dalam ‘konspirasi barang kemas’ yang dijalankan leh DoJ.

Bagaimanapun, sehingga kini, Tun Mahathir sendiri masih belum membuat sebarang penafian berkenaan isu tersebut. – MalaysiaGazette
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment