AHLI DAP, ZAID IBRAHIM BIDAS TINDAKAN JURUTERBANG AIRASIA SARAN BACA DOA UNTUK KESELAMATAN PENUMPANG KETIKA KAPAL TERBANG MENGALAMI MASALAH TEKNIKAL

Menurut laporan berita ABC di Australia, seorang penumpang mendakwa juruterbang meminta mereka berdoa ketika dalam perjalanan pulang ke Perth.Walau bagaimanapun, Datuk Zaid Ibrahim membidas tindakan seorang juruterbang AirAsia yang meminta penumpang pesawat penerbangan Perth-Kuala Lumpur yang mengalami masalah teknikal supaya berdoa.

Dalam catatan di Twitter berhubung masalah yang melanda pesawat AirAsia Airbus A330 semalam, Zaid berkata syarikat penerbangan tambang murah itu tidak seharusnya merestui tindakan juruterbangnya. Antara kenyataan twitter Zaid yang sensitif tersebut adalah seperti berikut;

"Juruterbang AirAsia gesa penumpang berdoa ketika penerbangan Perth menghadapi masalah. Saya lebih suka juruterbang tidak beritahu saya bahawa kematian semakin hampir".

"Juruterbang seharusnya memberi harapan, dan meninggalkan yang lain kepada Tuhan dan para penumpang. Sekiranya AirAsia mahu ceburi bidang agama; lantik imam dan paderi yang betul," tulisnya.

Pesawat AirAsia milik Malaysia yang dalam penerbangan ke Kuala Lumpur, semalam terpaksa berpatah balik ke Australia berikutan masalah teknikal. Laporan AFP yang memetik seorang penumpang sebagai berkata, beliau mendengar bunyi kuat dan pesawat itu bergegar seperti sebuah mesin basuh.

Pesawat Airbus A330 dari Perth itu mula dikesan mengalami masalah berkenaan kira-kira 90 minit selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Perth. Jurucakap lapangan terbang itu berkata, kerosakan terbabit disedari juruterbang pesawat berkenaan dan memutuskan untuk berpatah balik ke Perth. Selepas penerbangan 90 minit, pesawat itu mendarat dengan selamat di Perth.

Dalam hal ini, Zaid dilihat tidak merestui tindakan juruterbang Airasia yang menyarankan agar semua penumpang yang berada dalam kapal terbang tersebut supaya berdoa atas keselamatan mereka. Tindakan ini menunjukkan sikap Zaid yang tidak peka kepada situasi dan dia perlu sedar bahawa perkara seumpama ini tidak dijadikan isu kerana situasi genting seperti kes juruterbang itu adalah dalam keadaan cemas. Doa juga boleh dilakukan di mana-mana, kemungkinan besar Zaid adalah seorang individu yang kurang berdoa maka tidak mustahil beliau suka mengecam dan menjadikan perkara ini sebagai isu besar.

Perlu diingatkan juga doa adalah salah satu kaedah untuk mententeramkan keadaan dan untuk memastikan agar sesuatu urusan dipermudahkan. Satu perkara yang perlu diketahui Zaid adalah dia perlu sedar bahawa disebabkan doa-doa penumpang dan krew yang berada dalam kapal terbang tersebutlah penerbangan tersebut selamat mendarat di Perth, Australia. Syukur semua krew dan penumpang sampai selamat ke destinasi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana