ADUN PKR Akui Sampah Musim Perayaan Gagal Diurus

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti daripada PKR, Dr Norlela Ariffin, mengakui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) gagal menyelesaikan masalah longgokan sampah khususnya ketika sambutan Aidilfiri.

Norlela berkata, keadaan itu kerap berulang walaupun sudah banyak laporan dan maklum balas mengenai masalah terbabit dikemukakan kepada MPSP.

“Saya sendiri sudah panjangkan setiap laporan dan maklum balas penduduk setempat mengenai perkara ini kepada MPSP, tetapi ia masih gagal diselesaikan.

“Malah, ada beberapa kawasan mengalami masalah longgokan sampah teruk hingga memaksa penduduk membakar sampah berkenaan bagi mengurangkan pencemaran bau serta mengelak kehadiran lalat dan tikus,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha MPSP, Rozali Mohamud, ketika dihubungi menegur tindakan penduduk setempat yang didakwa gemar menghasilkan sampah dalam kuantiti yang banyak ketika musim perayaan.

“MPSP bukannya tak kutip sampah, sebaliknya sisa buangan yang dihasilkan isi rumah adalah lebih tinggi berbanding biasa.

“Kita juga tambah kekerapan kutipan pada Aidilfitri pertama dan kedua.

“Kontraktor diarah untuk kutip sampah bermula jam 1 tengah hari hingga selesai pada Aidilfitri pertama dan kedua, manakala jadual kutipan kembali seperti biasa mulai hari ini.

“Justeru, saya nasihatkan penduduk supaya kawal penghasilan sampah di tempat masing-masing,” katanya. – BH

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana