12,670 ahli UMNO Melaka tidak mengundi PRU13

UMNO Melaka mengesan 12,670 ahlinya yang layak mengundi, tidak keluar membuang undi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Idris Haron, berkata keadaan itu menyebabkan beberapa kerusi yang sepatutnya dimenangi calon Barisan Nasional (BN) gagal dipertahankan.

Katanya, pengundi bukan saja gagal memanfaatkan peluang untuk memilih kerajaan, tetapi membuktikan mereka seolah-olah melepaskan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang layak mengundi.

"Jika dihimpunkan jumlah majoriti undi yang diperoleh calon BN yang kalah di Parlimen Bukit Katil serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Bukit Baru dan Bachang, jumlah itu tidak sampai pun 12,000 undi.

"Bagaimanapun, oleh kerana mereka tidak mengundi, calon BN tewas walaupun pada hakikatnya kita mampu mempertahankan kerusi terbabit," katanya pada majlis berbuka puasa dan moreh bersama pemimpin masyarakat Parlimen Bukit Katil dan Jasin di Seri Bendahara Khamis.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil, Tan Sri Mohd Ali Rustam dan Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah.

Sehubungan itu, Idris yang juga Ketua Menteri Melaka berharap keadaan itu tidak berulang pada PRU-14 kelak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana