WAN AZIZAH MENGAKU SOKONG HUDUD DI HADAPAN AL JAZEERA...AIKKK DIMALAYSIA PLAK TOLAK

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak menolak kemungkinan undang-undang hudud dilaksanakan di Malaysia.

Dalam temu bual bersama Al Jazeera yang dikendalikan oleh Mehdi Hasan, Wan Azizah diminta membuat deklarasi bahawa jika beliau menjadi perdana menteri, ‘tiada hudud, rejam dan potong tangan’.

Wan Azizah menjawab dengan berkata, beliau boleh membuat perisytiharan ‘hudud tidak dilaksanakan melainkan semua perkara-perkara yang sepatutnya telah sedia menyokongnya’.

Ditanya jika ini bermakna terdapat situasi di mana rejam boleh diterima di Malaysia, Wan Azizah menjawab: “Tidak dalam masa terdekat.”

Wan Azizah diasak dengan soalan berkisar rang undang-undang yang dicadangkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi meminda undang-undang syariah keseksaan di Malaysia.

Mehdi berkata, ia akan membuka jalan bagi pelaksanaan undang-undang hudud dan hukuman seperti rejam dan potong tangan.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL