TUN MAHATHIR PENGANUT TEGAR FALSAFAH MACHIAVELLI – SAARANI MOHAMAD

Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri Perak, Datuk Saarani Mohamad menyifatkan tindak tanduk Tun Mahathir Mohamad di dalam senario politik dewasa ini mengiyakan bahawa beliau merupakan penganut tegar Niccolo Machiavelli, seorang ahli falsafah yang popular dengan teori Machiavelli yang berpegang kepada prinsip matlamat menghalalkan cara.

Menurut Shaarani, sesiapa yang membaca buku Niccolo Machiavelli, ahli falsafah berasal daripada Italy itu akan dapat melihat persamaan tindakan Tun Mahathir dalam berpolitik hari ini selari dengan teori matlamat menghalalkan cara yang diilhamkan oleh Machevelli.

“Beliau adalah pengamal Machiavelli sebenar. Tindak tanduknya dalam politik hari ini sudah cukup untuk menggambarkan bahawa beliau sanggup berbuat apa saja, termasuk bersekongkol dengan Dap yang selama ini dikatakan sebuah parti rasis dan cauvinis, semata-mata untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib sebagai perdana menteri dan presiden UMNO.

“Selama 22 tahun, musuh utamanya ialah Lim Kit Siang. Tapi oleh kerana beliau kini sudah menjadi pembangkang, maka beliau sanggup bergandingan bahu dengan Lim Kit Siang untuk memenuhi nafsu politiknya. Bahkan beliau juga turut bersama pembangkang dalam kempen membebaskan Anwar, sedangkan di zaman pemerintahannya jugalah Anwar dipecat dan penjara.

“Tidakkah segala perbuatannya ini memperlihatkan beliau sanggup melakukan apa saja demi untuk memuaskan hati dan kehendak politik beliau. Beliau sanggup berkempen untuk membebaskan Anwar yang dipenjaranya dan sanggup bergandingan bahu dengan seorang pemimpin yang dianggap sebagai rasis dan cauvinis selama berpuluh tahun lamanya,” tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Berhubung serangan pembangkang terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau berkata itu adalah satu perkara biasa dan Tun Mahathir juga mengetahui perkara tersebut di mana beliau pernah mengatakan sesiapa saja yang menjadi presiden UMNO selepasnya akan diserang oleh pihak pembangkang.

“Semasa beliau menjadi presiden UMNO, musuh Tun Mahathir adalah Lim Kit Siang. Beliau juga pernah berkata bahawa permbangkang akan memusuhi, menentang dan memfitnah sesiapa saja yang menjadi presiden UMNO selepasnya.

“Jadi sekarang ini, presiden UMNO ialah Datuk Seri Najib Tun Razak. Maka sudah tentulah Datuk Seri Najib yang menjadi sasaran oleh pihak pembangkang. Oleh kerana Tun Mahathir juga kini di pihak pembangkang, maka beliau turut bersama-sama dengan pembangkang menentang Datuk Seri Najib.

“Tapi perkara serangan terhadap Datuk Seri Najib ini bukanlah sesuatu yang pelik bagi saya, kerana Tun Mahathir sendiri pernah menyebut bahawa sesiapa saja yang menjadi presiden UMNO akan difitnah dan ditentang oleh pembangkang,” tegasnya.

Sementara itu, beliau juga mengingatkan orang ramai bahawa Tun Mahathir boleh menjadi perdana menteri selama dan mentadbir negara selama 22 tahun adalah disebabkan beliau merupakan presiden UMNO.

“Betullah pandangan sesetengah pihak bahawa Tun Mahathir pernah berjasa semasa menjadi presiden UMNO dan perdana menteri selama 22 tahun sebelum ini. Tetapi saya nak ingatkan pada semua orang, Tun Mahathir boleh menjadi perdana menteri selama 22 tahun adalah disebabkan beliau menjadi presiden UMNO.

“Siapa juga presiden UMNO, maka dia adalah perdana menteri. Jadi dalam hal ini, bagi saya yang berjasa sebenarnya adalah UMNO. UMNOlah yang telah meletakkan Tun Mahathir menjadi presiden selama 22 tahun,dan disebabkan itu dia juga menjadi perdana menteri selama tempoh tersebut,”ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana