START WAYANG DOH!!!! USAH DRAMA SANGATLAH NURUL IZZAH!!

Drama lama tetapi diversi barukan oleh PKR melalui penampilan khas heroin fitnah iaitu Nurul Izzah Anwar nampaknya telah kembali muncul hari ini.

PKR pada Selasa telah menyerang Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Wilayah Persekutuan melalui memorandum yang membidas SPR kerana tidak lagi mengedarkan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) suku tahun kepada parti politik, dan menyifatkannya sebagai penipuan serta manipulasi badan itu bagi memenangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya.
Nurul Izzah tidak perlu mendambakan diri seolah-olah beliau bersuara bagi pihak rakyat ataupun mewakili pengundi beliau di Lembah Pantai kerana ternyata tatkala beliau membuat pernyataan maaf kepada Datuk Seri Utama Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, di mahkamah akibat kesalahan memfitnah satu hari sebelum mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), maka beliau sudah tidak berintegriti untuk selepas itu mengatakan sesiapapun penipu atau pada hari ini mengatakan SPR penipu.

Itupun belum dikira lagi dosa beliau yang lain beberapa ketika sebelum PRU-13 seperti menuduh SPR menyenaraikan pengundi hantu dalam senarai daftar undi pemilih di Lembah Pantai sedangkan mereka adalah pemilih yang sah sejak sekian lama.

Ini juga secara tidak langsung menunjukkan Nurul Izzah tidak menjiwai Lembah Pantai dan tidak memahami asal usul serta demografi Lembah Pantai pada dekad-dekad sebelum ini.
Itu juga belum dikira dosa janji tidak tertunai dalam manifesto lepas yang telah dua kali PRU menjanjikan bulan dan bintang kepada pengundi beliau di Lembah Pantai.
Gamaknya semakin dekat PRU-14, semakin hebat drama bersiri yang akan ditularkan oleh Nurul Izzah.

DATO’ MOHAMAD SAZALI KAMILAN
Ketua Penerangan
UMNO Bahagian Lembah Pantai

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana