RUU355: PAS ucap terima kasih kepada kerajaan, kecam DAP...Ada Dikalangan Orang Melayu SOkong PH Masih Banggang

Suasana Dewan Utama Muktamar PAS di Kota Sarang Semut Kedah awal petang Isnin tidak seperti biasa, dewan yang boleh memuatkan 1500 orang satu-satu masa itu panas selepas penghawa dingin tidak berfungsi berikutan masalah teknikal.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dalam jadual menggulung jam 12.30 tengahhari bagaimanapun terpaksa menunggu sehingga jam 4.00 petang kerana berbagai masalah teknikal termasuk pembesar suara yang tidak berfungsi.

Dalam keadaan panas dan lapar, ramai perwakilan yang hilang tumpuan, keluar masuk dewan, namun sebaik Haji Hadi berucap, semua memberikan tumpuan.

Haji Hadi berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana memberi laluan kepada beliau untuk membentangkan Rang Undang-Undang 355 (RUU355) di Dewan Rakyat sebagai usaha memperkukuhkan kuasa mahkamah syariah.

Bagaimanapun beliau menegaskan PAS tidak akan bersetuju dengan pihak yang menentang Islam dan begitu juga dengan pihak yang menyokong penentangan perjuangan Islam.

“Ada yang menerima pendekatan ‘agree to disagree,’ tapi bagaimana kita hendak bersetuju dengan kumpulan yang melawan Islam?

"Tetapi kita berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi laluan kepada RUU355 dan sesungguhnya kerjasama ini tidak akan dilupakan," kata beliau ketika menyampaikan ucapan penggulungan dan penangguhan Muktamar Tahunan PAS Kali ke-63 pada Isnin.

Bagaimanapun, Abdul Hadi menjelaskan bahawa ucapan terima kasih kepada kerajaan itu tidak bermakna PAS dan Umno akan bekerjasama dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Seperti saya jelaskan sebelum ini, kerjasama (dengan kerajaan) boleh dilaksanakan atas perkara yang baik dan kebajikan.

"Tetapi perkara yang bercanggah dengan Islam, kita akan bantah dan menentang kerana itu pendirian kita yang terbuka," katanya.

Selain itu, sambil mengingatkan kembali detik-detik akhir sidang Dewan Rakyat, Abdul Hadi memberi amaran kepada pihak yang cuba mempermainkan agama Islam yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.

"Saya berasa terhadap sikap dan akhlak murahan segelintir ahli Parlimen termasuk yang beragama Islam apabila melaungkan perkataan kurang ajar dan biadap ketika pembentangan RUU355 dibuat," katanya yang terpaksa meringkaskan ucapan untuk memberi peluang perwakilan pulang lebih awal selepas tiga hari bermuktamar.

Sementarta dalam sidang media selepas penggulungan, Haji Hadi menempelak kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menyifatkan parti Islam itu sebagai sesat hala tuju politik apabila menjadikan musuh tradisi PAS sebagai rakan dan menganggap DAP pula sebagai musuh.

Menurutnya tuduhan itu sama sekali tidak berasas kerana PAS adalah sebuah parti yang paling konsisten berbanding parti yang lain.

“Contohnya dalam isu Rang Undang-undang (RUU) 355, bantahan dibuat DAP adakah mengikut saluran undang-undang, tidak.

“Mereka buat bantahan yang tak ada kaitan pun dengan RUU355, itu tajuk yang lain,” katanya.

Terdahulu, Guan Eng berkata, wujud kekeliruan dalam perjuangan PAS apabila mereka sebelum ini menentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan UMNO dan BN, namun tidak mahu memusuhi parti berkenaan.

“Soal kebajikan kita teruskan kerjasama, tetapi dalam perkara-perkara yang bercanggah dengan Islam, kita bangkang dan kita tentang. Itu pendirian kita yang terbuka.

“Contohnya dalam isu Akta164, kita tak setuju kerana tidak sesuai dengan realiti masyarakat di Malaysia. Sedangkan Pakatan Harapan dan parti lain menyokong perkara itu,” katanya.

Mengulas mengenai tindakan yang bakal diambil PAS dalam menghadapi PRU14 sekiranya parti itu memutuskan hubungan dengan PKR, beliau akui tidak gusar dengan perkara itu kerana PAS mempunyai banyak pengalaman.

“Kita pernah menghadapi pelbagai kemungkinan kerana sejarah politik senario kita panjang, lebih daripada orang lain.

“Kita pernah bersendirian, kita pernah tinggal satu kerusi dan tak ada kerusi langsung. Dua atau tiga penjuru, pengalaman kita banyak,” katanya.

Haji Hadi berkata, PAS sedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku menjelang PRU14.

“Apa yang penting ialah kita nak semua ahli di negeri dan kawasan patuh kepada kepimpinan pusat,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana