Rakyat Selangor akan terhina jika ADUN PAN dilantik Exco - PAS

Perebutan kerusi Exco di Selangor sudah tidak boleh ditutup selepas beberapa pemimpin tertinggi PAS menyerang serpihannya PAN yang didakwa sedang menyusun orang untuk masuk ke pertadbiran negeri.

Ini selepas PAS membuat keputusan untuk memutuskan kerjasama politik dengan PKR yang mana mereka berkongsi kerajaan di Selangor.

Formula PAS adalah kekal dalam pertadbiran Selangor sebagai kerajaan campuran aiaitu parti yang bukan dari satu gabungan membentuk kerajaan.

Bagaimanapun PAN tidak setuju dan sudah mengintai dua kerusi Exco, dan jawatan-jawatan lain jika PAS 'disingkirkan' dari kerajaan Selangor.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abduh Aziz berkata, rakyat di Selangor pasti akan merasa terhina sekiranya pemimpin PAN terlibat dalam pentadbiran negeri itu.

Katanya, rakyat pastinya inginkan sebuah barisan kepemimpinan yang setia pada perjuangan bukannya mereka yang ‘lompat’.

“Kerusi PAN di Selangor pun kerusi lompat, kalau mereka bersama dalam Exco, kerajaan Selangor juga akan menjadi sebuah kerajaan lompat. Ia satu penghinaan kepada rakyat Selangor,” katanya.

Dalam masa sama, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut menyifatkan PAN sebagai tidak pernah sedar diri tentang kedudukan mereka yang dipilih sebagai wakil rakyat atas tiket PAS.

Katanya, keadaan di Selangor ketika ini masih baik kerana barisan pentadbiran sedia ada masih diterima oleh rakyat negeri itu.

“Kalau saya, rasa malu hendak minta jawatan, sebab kita (PAN) bertanding atas tiket parti lain kemudian minta hendak jadi Exco, payah nak sedar diri,” katanya dalam sidang akhbar sempena Ijtimak Perpaduan Ummah Rantau Asia di JKR 10 Kota Bharu Kelantan.

Utusan Malaysia melaporkan, kemelut politik di Selangor akibat pergeseran antara PAS dan PKR makin kusut apabila PAN mula campur tangan dengan memberi tekanan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya merombak pentadbiran negeri.

PAN turut memberi bayangan parti itu sudah bersedia mengambil alih jawatan Exco, kedudukan dalam anak-anak syarikat, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan jawatan di peringkat akar umbi yang ketika ini disandang PAS.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PAS telah menunjukkan prestasi yang baik sepanjang tempoh perkhidmatan.

“Saya melihat tidak ada isu dari segi pentadbiran, rakyat menerima dengan baik, pentadbiran berjalan dengan baik dan pencapaian oleh semua Exco PAS juga sangat cemerlang.

“Bagaimanapun, apabila melibatkan soal parti khususnya hubungan antara PAS dan PKR, kita serah pada Majlis Syura untuk membuat keputusan apabila mengadakan perbincangan nanti. Pada masa ini, pentadbiran berjalan seperti biasa,” katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abduh Aziz berkata, rakyat di Selangor pasti akan merasa terhina sekiranya pemimpin PAN terlibat dalam pentadbiran negeri itu.

Katanya, rakyat pastinya inginkan sebuah barisan kepemimpinan yang setia pada perjuangan bukannya mereka yang ‘lompat’.

“Kerusi PAN di Selangor pun kerusi lompat, kalau mereka bersama dalam Exco, kerajaan Selangor juga akan menjadi sebuah kerajaan lompat. Ia satu penghinaan kepada rakyat Selangor,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana