RAFIZI SEKADAR MEMBUKTIKAN AKAUN NAJIB RAZAK ADALAH UNTUK TUJUAN POLITIK

Ulang siaran dari Rafizi Ramli petang tadi tidak menimbulkan isu yang baharu. Dari awal Najib Razak menegaskan “private account” beliau bukan untuk kepentingan peribadi.

Sejak awal sudah diterangkan duit dalam akaun “private” Mohd Najib Tun Razak merupakan dana politik Presiden UMNO. Setiausaha Agung UMNO Tengku Adnan Tengku Mansor pernah membuat kenyataan mengetahui kewujudan akaun tersebut.

Tindakan Rafizi mendedahkan senarai penerima wang dari akaun tersebut yang digunakan untuk tujuan politik hanya membuktikan kebenaran hujah bahawa ia dana politik Presiden UMNO bukannya untuk kegunaan peribadi.

Justeru siapa pemberi dan penerima wang tersebut bukan isu kerana negara ini membenarkan Presiden parti mendapatkan dana politik.

Sebenarnya, keadaan ini lebih kepada tiada undang-undang khusus yang mengawal pengumpulan dana politik di negara ini KECUALI jika ada unsur rasuah atau penggubahan wang haram dalam kaedah pengumpulan dana politik ini.

Jika mahu diubah, gubal undang-undang pengisytiharan dana politik.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana