RAFIZI FITNAH UMNO LAGI, KALI INI KAITKAN DENGAN SRC PULA

SEOLAH-olah tidak pernah kenal erti serik, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berterusan memfitnah UMNO dan Barisan Nasional. Mungkinkah itu adalah skop kerja beliau iaitu menabur  dan mencipta “jalan cerita” untuk memburukan kerajaan atau “Government of the Day” secara berterusan.

Persoalannya, mengapa kerajaan membiarkan sahaja Rafizi meneruskan agenda jahat tersebut? Ya! memang beberapa tindakan saman telah dikenakan ke atas Rafizi namun ianya seolah-olah tidak memberi kesan kepada lidah pembangkang yang diketuai DAP ini.

Hari ini Rafizi mendakwa Umno, termasuk ibupejabat dan beberapa bahagian, serta parti-parti komponen BN, menerima sejumlah RM10.02 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Rafizi turut mendakwa wang yang disalurkan oleh Najib itu adalah dana daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Beliau membuat dakwaan itu berdasarkan dokumen siasatan yang kononnya bocor dan kemudiannya dimuat naik di sprminsider.blogspot.com, tetapi disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Kita semua amat maklum bahawa hampir 99% dakwaan yang dibuat oleh Rafizi tidak benar belaka.

Dan seperti biasa cara beliau membuat dakwaan seolah-olah beliau mempunyai bukti-bukti yang kukuh dan nyata dan seperti biasa juga akhirnya dakwaan beliau tersebut akhirnya satu fitnah semata-mata. Perkara yang sama ini telah berulangkali terjadi dan terlalu kerap sehinggakan ramai pihak berpendapat Rafizi tidak perlu membuat sebarang dakwaan memandangkan rakyat sudah tahu bahawa ianya hanya satu pembohongan.

Masihkah anda ingat pembohongan Rafizi dalam isu cincin Rosmah, Tabung Haji, Feedlot dan sebagainya. Dalam kesemua isu tersebut, Rafizi didapati telah melakukan fitnah dan pembohongan.  Apabila beliau didapati bersalah atas kesalahan fitnah, dengan mudah sahaja Rafizi memohon maaf dan mendakwa bahawa ianya hanya satu gurauan semata-mata.

Oleh itu, kami mendesak agar pihak berkuasa dan rakyat Malaysia agar mengabaikan manusia yang bernama Rafizi ini. Biarkan beliau “menyalak” seorang diri, akhirnya bukit tetap sama dan tidak berubah pun.

Dan pada masa yang sama kami juga mendesak agar Rafizi dikenakan tindakan yang lebih berat atas fitnah beliau yang dilihat bertujuan untuk menghasut rakyat dan mengugat ketenteraman awam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana