PPBM patut rekrut, bukan 'hilang' 1000 ahli...Biar Hancusss Terus Lagi Baikk Ler

Jika hala tuju politik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) jelas dan solid parti itu sepatutnya merekrut lebih 1000 ahli bukannya hilang 1000 ahli sedia ada.

Itu pandangan penganalisis politik, Edwin Michael Muniandy ketika diminta mengulas perkembangan terbaru PPBM yang kehilangan lebih 1000 ahli akar umbi di Perak.

"Kalau mereka punya satu perjuangan yang jelas, mereka mampu menarik masuk lebih dari 1000 ahli Umno. Masalahnya yang keluar adalah 1000. Ini adalah perkara yang kita perlu lihat," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.

Edwin yang juga Pensyarah Sains Politik dari Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) berkata pemimpin PPBM tidak perlu menuding jari kepada sesiapa sebaliknya perlu secara serius menyemak apa yang tidak kena dengan parti yang baru sahaja menginjak usia lapan bulan itu.

Terdahulu Ketua Penerangan PPBM, Datuk Kamaruddin Mohd Noor menyifatkan semua ahli PPBM Perak yang bertindak keluar sebagai 'saki-baki' Umno yang tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan bagi jawatan Pengerusi Perhubungan di negeri itu.

"Ini bukan soal isu Umno atau tidak Umno, soalnya berbalik kepada ideologi PPBM. Kalau PPBM boleh tawarkan satu perjuangan platform yang jelas, yang kukuh, yang mempunyai visi yang begitu baik yang boleh memberi semangat kepada ahlinya untuk berjuang maka yang 1000 keluar ini tidak menjadi isu," ujar Edwin.

Menurutnya lagi, konflik dalaman PPBM semakin memburuk selepas kebanyakan pemimpinnya tidak begitu fokus pada perjuangan parti.

Malah baru-baru ini wujud pula desakan agar Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai presiden selepas berlakunya kepincangan dalaman parti.

"Jadi itu sudah menunjukkan bahawa siapa yang memainkan peranan disini? Tidak ada sesiapa pun. Siapa yang patut pimpin PPBM ketika ini? Tidak ada kedengaran siapa pun yang lead PPBM setakat ini.

"Yang kita nampak yang agak aktif ketika ini Ketua Armada Syed Saddiq. Dia nampak agak aktif di sosial media dia komen itu ini. Tapi bila melibatkan parti dia, dia juga senyap enggan komen," tambahnya.

PPBM kini bukan hanya berdepan dengan isu 1000 ahli akar umbi Perak keluar parti, ia juga masih terkesan dengan tindakan seorang pengasas parti itu, Kamarulazman Habibur Rahman meninggalkan perjuangan mereka.

Sementara sumber Antarapos memberitahu ada pemimpin tertinggi PPBM, bakal mengikut jejak langkah mereka, meninggalkan perjuangan parti itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana