PKR Tunggu Azmin Tentukan Nasib Exco PAS Selangor

PKR memutuskan bahawa parti itu akan menerima keputusan PAS untuk menamatkan hubungan politik antara kedua-dua parti tetapi menolak alasan yang diberikan parti Islam itu.

Dalam satu kenyataan, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut berkata parti itu akan menentukan nasib tiga exco PAS di Selangor selepas membincangkan perkara tersebut dengan Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali sekembalinya beliau dari Brussels, Belgium.

“PKR juga memutuskan bahawa semua lantikan politik dari parti itu di kerajaan negeri Kelantan diminta melepaskan jawatan mereka berkuat kuasa serta-merta,” katanya selepas mesyuarat biro politik parti itu di Ibu Pejabat PKR di sini, malam Selasa.

Menurut Wan Azizah, perkara itu sudah disampaikan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana