PERBELANJAAN NGO: RAFIZI “DIMAKAN” SENJATANYA SENDIRI

SELAMA hari ini bila Rafizi menyerang kerajaan dan institusi berkaitan dengannya, adalah menjadi amalannya untuk terus bertanya atau menimbulkan persoalan sekalipun dah ada jawapan, kononnya jawapan itu menimbulkan lebih banyak persoalan.

Soal, jawab, soal balik, jawab balik, soal lagi dan berulang-ulanglah kitaran itu macam takde kesudahan.  Itulah kesnya dalam isu dana RM 2.6 billion, SRC, Kumpulan Wang Amanah Pencen, Tabung Haji, NFC dan segala penipuan yang dia terlibat selama ini.  Bila orang dah bosan melayan taktik bodoh dia tu, dituduhnyalah orang itu penakut dan apa yang dia dedah selama ini adalah benar.  Padahal, selain NFC (itupun NFC menang dan Rafizi kena saman pula lagi), takde satu pun “pendedahan” Rafizi yang layak masuk Mahkamah.

Hari ini giliran Rafizi pulak yang kena bila dua NGO dibawahnya menjadi sasaran orang dalam PKR sendiri, terutama punca kewangan mana datang untuk menampung perbelanjaan semua NGO tersebut.

Sekarang baru Rafizi tahu apa perasaan mangsa penipuannya selama hari ini.  Baru tahu macam mana rasa kena soal, bila jawab, disoal balik dan berulang-ulang macam itu. Apatah lagi dalam hal ini memang banyak yang Rafizi dedahkan pasal perbelanjaan NGOnya tu menuntut lebih banyak persoalan.

Contohnya, dimana masuk akal orang yang bekerja dengan salah satu NGOnya itu hanya dibayar gaji sebanyak RM 1,100.60 seorang – hanya RM 100.60 lebih dari gaji minimum?  Bangla pun dibayar lebih tinggi dari itu, ini pulak budak-budak ‘cerdik pandai’ diupah untuk buat kerja-kerja menyerang kredebiliti kerajaan.  Begitu juga kononnya beratus ribu wang untuk operasi NGO-NGOnya, dikutip dalam majlis kutipan dana, tak pulak ditunjukkan majlis kutipan dana yang mana satu, bila diadakan dan sebagainya?

Tak jelas, cakap, siapa pun boleh cakap.

Belum lagi disebutkan, dengan Rafizi dan Pakatan hari-hari mengatakan negara ini ekonomi gagal, duit tak laku, rakyat sengsara dan sebagainya, ada jugak orang sanggup keluar beratus ribu untuk tujuan bagi duit kepada NGO seliaan Rafizi yang tidak nampak hasilnya kepada rakyat dan negara?  Ada juga dakwaannya konon dia guna wang simpanan untuk tampung perbelanjaan NGO berkenaan tapi kita juga tahu Rafizi kalah banyak saman dan diarah bayar beratus ribu kepada yang menang?  Mana duit ini semua datang?

Justeru, memang menarik melihat bagaimana budak mentah ini menangani strategi yang dia sendiri biasa gunakan ke atas lawan-lawannya.  Takkan nak bolayan saja kot?  Apa taik “hero rakyat” macam ini?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana