Pengundi hantu asing tiada, DAP ada calon hantu asing

Pembangkang selama ini memomokkan kononnya ada pengundi hantu yang bantu memenangkan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya.

Malah, isu 40 ribu pengundi hantu rakyat Bangladesh menjadi antara fitnah terbesar pembangkang selepas PRU 13.

Semua gara-gara sandiwara Ketua Pembangkang ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media di ibu pejabat PKR mendakwa pengundi rakyat Bangladesh diterbangkan menggunakan pesawat khas menjelang pengundian pada Mei 2013.

Anwar dakwa ada 16 penerbangan sehari dari Kuching, Kota Kinabalu, Sandakan, Miri dan Sibu menggunakan pesawat jenis Jumbo dan C130 Hercules yang ditempah khas.

Berdasarkan pengiraan pembangkang kira-kira  4,500 dibawa masuk ke KLIA setiap hari bermula 25 April kecuali pada 1 Mei.

Dalam insiden lain, penyokong pembangkang pernah menahan bas pada hari pengundian kononnya kenderaan tersebut membawa pengundi hantu.

Setakat ini tidak pernah terbukti adanya pengundi hantu sebaliknya kini ada ‘wakil rakyat hantu’.

Ini ekoran tindakan terhadap  Dr Ting Tiong Choon digugurkan sebagai Adun DAP Pujut kerana memegang kewarganegaraan Australia.

Usul pelucutan status wakil rakyat pembangkang itu dibentang Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang, Datuk Seri Wong Soon Koh pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak, hari ini.

Sebelum pengundian dibuat, Wong mendakwa beliau mempunyai bukti konkrit yang menunjukkan Dr Ting menerima kewarganegaraan Australia pada 20 Januari, 2010.

Pengundian kemudian dijalankan.

Speker Dun, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar mengumumkan 70 anggota Adun menyokong usul Dr Wong, manakala 10 yang lain menentang.

“Status keahlian Adun Pujut kini digugurkan berdasarkan Perkara 17 (1) (g) Perlembagaan Negeri, Kata Asfia.

Pilihan Raya Kecil (PRK) dijangka dijalankan di kawasan berkenaan dalam tempoh 60 hari.

Setakat ini DAP masih membisu mengenai keputusan tersebut.

Mustahil parti itu tidak tahu sewaktu mereka mencalonkan Dr Ting bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak yang lalu.

Itulah, kata dulang paku serpih, mengata orang sendiri yang lebih.

DAP bukan sahaja ada calon hantu tetapi wakil rakyat hantu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana