PEMUDA PAKATAN HARAPAN BIADAP !!

Tindakan SPR memberhentikan pengedaran Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku Tahun kepada parti-parti politik semasa Pameran RDPT dijalankan adalah bertepatan dan baik.

Tindakan tersebut bukan hanya terpakai kepada parti politik tetapi juga kepada semua pihak lain yang berkepentingan.

Sekiranya Pemuda Pakatan Harapan tidak berpuas hati dengan tindakan SPR mereka boleh merujuk kepada Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

Urusan pameran RDPT dijalankan di tempat-tempat yang diwartakan sebagai tempat pameran RDPT selama 14 hari dengan mempamerkan senarai nama pemohon yang memohon mendaftar sebagai pemilih baharu dan pemilih yang memohon tukar alamat bahagian pilihan raya.

Dalam tempoh pameran ini, Rang DPT adalah terbuka untuk semakan oleh orang awam termasuklah parti-parti politik bagi mengemukakan tuntutan atau bantahan ke atas senarai nama yang dipamerkan dalam Rang DPT tersebut.

Sebelum ini adalah menjadi amalan SPR mengedarkan RDPT kepada parti-parti politik bagi tujuan pemakluman bahawa urusan semakan sedang dijalankan.

Bagaimanapun, Mesyuarat SPR Kali Ke-773 pada 28 Mac lalu telah memutuskan agar Rang DPT (buku dan cakera padat) tidak lagi diedarkan kepada parti-parti politik mulai Pameran Rang DPT Suku Tahun Pertama Tahun 2017.

Keputusan itu dibuat memandangkan pameran RDPT memadai bagi membolehkan pihak berkepentingan memeriksa nama-nama pemohon yang terbabit.

Buat masa ini pihak berkepentingan masih lagi mempunyai akses sepenuhnya kepada Rang DPT yang dipamerkan bagi tujuan semakan, tuntutan dan bantahan.

Pemberhentian amalan itu tidak pada bila-bila masa mengehadkan akses pihak-pihak berkepentingan kepada RDPT yang dipamerkan dan dalam masa yang sama, tiada keperluan perundangan untuk SPR berbuat demikian.

Tindakan Pemuda Pakatan Harapan mengunci pagar Pejabat SPR merupakan satu tindakan yang amat BIADAP. Mereka sebenarnya merupakan golongan yang tidak tahu prosedur dan undang-undang SPR sebenarnya.

Mana mungkin sebuah agensi yang berkredibiliti seperti SPR melakukan sesuatu perkara tanpa merujuk peruntukan undang-undang yang telah diberikan kepada mereka.

Perubahan ini adalah penambahbaikan dari amalan-amalan yang sebelum ini banyak mendedahkan maklumat pengundi kepada pihak yang rakus mahu menang politik.

Sekurang-kurangnya, SPR dapat mengurangkan risiko data pengundi dan maklumat sulit pengundi disalahguna kepada pihak ketiga dan pihak seterusnya lebih-lebih lagi kegiatan berunsurkan jenayah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana