PAS-PKR putus tahaluf, kedudukan Exco di Selangor diberitahu kemudian

PAS memutuskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan PKR berkuat kuasa serta merta, demikian diputuskan oleh Majls Syura Ulama parti itu.

Badan tertinggi PAS itu berkata dengan keputusan berkenaan, Jawatankuasa PAS Pusat pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menentukan kedudukan exco-exco dan wakil PAS di dalam kerajaan negeri pimpinan PKR itu.

Bagaimanapun Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi berkata keputusan Majlis Syura tidak memberi kesan kepada penyertaan parti itu dalam kerajaan negeri pimpinan PKR yang ada sekarang.

Beliau berkata keputusan Majlis Syura  bermakna selepas tamat tempoh kerajaan negeri Selangor sekarang, PAS tidak lagi akan bekerjasama secara politik dengan PKR.

"Kita berjalan seperti biasa tiada apa-apa. Jadi, PAS Selangor terima keputusan yang telah dibuat dan akan ikut sebagaimana keputusan yang telah diputus oleh Majlis Syura Ulama.

"Kerajaan Selangor akan terus diwakili oleh PAS dalam kerajaan sebab kerajaan ini dibina atas mandat rakyat pada pilihanraya yang lalu.

"Keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama adalah berkaitan dengan tidak akan adanya selepas daripada ini apa-apa perbincangan berkaitan dengan soal pilihan raya, soal penentuan kerusi bertanding dengan PKR, Pakatan Harapan dan lain," katanya kepada Antarapos.

Dalam pada itu, pimpinan PKR akan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini untuk membincangkan keputusan Majlis Syura PAS.

Setiausaha badan tertinggi PAS itu, Datuk Dr Nik Zawawi Nik Salleh berkata apa jua kedudukan PAS berhubung 'urusan pentadbiran negeri Selangor diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan merujuk kepada maslahah dan kepentingan Islam dan rakyat'.

Beliau berkata keputusan muktamar PAS mahukan kerjasama politik dengan PKR ditamatkan diluluskan oleh Majlis Syura berlandaskan tindak tanduk PKR.

"Ini merujuk kepada begitu banyak perlanggaran terhadap syarat-syarat tahaluf siyasi menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam, maka hubungan politik tahaluf siyasi antara PAS dan PKR telah terbatal," kata Nik Zawawi.
 
Nik Zawawi memberikan sebab yang membawa kepada terbatalnya tahaluf siyasi dua parti berkenaan.

"Tidak menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa PAS seperti RUU 355. Malah melanggar adab-adab kerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan PAS dan membuat tuduhan palsu yang merosakkan imej PAS.

"Khianat dalam hubungan politik dengan PAS antaranya dengan bekerjasama dengan kerjasama dengan pihak-pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan negeri Kelantan dan menentang PAS dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar," ujarnya.

Sebelum ini Muktamar PAS Pusat bulan lalu mengambil keputusan meluluskan usul tanpa bahas untuk memutuskan tahaluf siyasi yang dijalin dengan PKR sejak 2008. Sayap pemuda dan Dewan Ulama parti itu turut mengambil keputusan sama kerana kecewa dengan beberapa tindakan PKR.

Ia termasuk tindakan parti itu bersekongkol dengan dua musuh utama PAS iaitu DAP dan Amanah, selain beberapa pemimpin PKR mengecam pimpinan PAS khususnya Hadi secara terbuka.

Namun isu terbesar PAS dengan PKR ialah keengganan parti itu memberikan sokongan kepada usul Hadi untuk memperkasakan Mahkamah Syariah sungguhpun beberapa siri penjelasan diberikan kepada pucuk pimpinan PKR.

PKR dilihat oleh beberapa pemimpin PAS sebagai hanya mahukan sokongan PAS untuk memenangi pilihan raya namun enggan bersama parti itu dalam perjuangan Islam.

Keputusan Majlis Syura hari ini bererti PAS ini bersedia untuk menghadapi saingan daripada PKR, selain Amanah, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan musuh politik tradisi Umno, pada pilihan raya umum yang dijangka di adakan lewat tahun ini atau awal 2018.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana