PAS Perak tanding PRU ke14 tanpa DAP dan PKR...Kita Tunggu Dan Lihat Saja

PAS Perak membayangkan akan bertanding “secara sendiri” di negeri ini dalam PRU Ke14 kerana mereka sudah putus kerjasama  dengan DAP, begitu juga dengan PKR yang menunggu masa sahaja lagi.

Selain sibuk membuat persiapan, mereka sudahpun mengenalpasti calon-calon di 59 kawasan DUN yang akan bertanding. Begitu juga calon-calon bagi 24 kerusi parlimen. Soal berapa banyak kerusi ditandingi belum muktamad.

Namun jika diterjemahkan kenyataan Pesuruhjayanya itu, Haji Razman Zakaria, PAS negeri itu tidak akan tunduk kepada desakan DAP dan PKR agar mengelak dari berlaku pertandingan tiga penjuru.

“Itu hak dan keputusan PAS untuk membuat sebarang keputusan,”katanya ringkas.

Untuk rekod kedua-dua parti itu (PKR dan DAP) bimbang jika berlaku pertandingan tiga penjuru ia memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) mengakibatkan rancangan menawan negeri itu seperti dilakukan pada 2008 kini sekadar satu impian.

Dalam PRU ke12 lalu, PAS mengikut telunjuk dua rakan politik itu dengan membentuk Pakatan Rakyat (PR). Walaupun PAS hanya memenangi 6 kerusi DUN, PR bersetuju melantik calon PAS sebagai Menteri Besar ke10.

Dalam pilihanraya pada 2013 PAS hanya mampu memperoleh 5 kerusi DUN kurang satu dari keputusan 2008.

Dalam pertemuan eksklusif dengan wakil Agenda Daily di Ipoh, Razman tidak bimbang jika PAS bertanding sendirian. PAS sudah putus kerjasama dengan DAP, dengan PKR hanya tunggu “lampu hijau.”

Razman yang baru-baru ini diumumkan sebagai Bendahari PAS merupakan antara tokoh yang 'naik cepat' dalam PAS.

Dikalangan media, namanya menjadi sebutan selepas kejadian beliau didakwa menumbuk bahu salah seorang MP PAS (kini PAN) yang bercakap biadap dengan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dalam salah satu mesyuarat PAS Pusat.

Isu ketika itu adalah kes PKR dan DAP mahu menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor.

Beliau aktif dengan PAS selepas bersara, sebelumnya Haji Razman merupakan pegawai kanan Kastam.

Perpecahan antara PAS kumpulan penyokong DAP dan PAS asal terutamanya di Perak menyerlahkan lagi kepimpinan Haji Razman dan beliau dikenali sebagai 'orang Presiden'.

Menurutnya di dalam PAS “Haji Hadi (sebagai presiden) tokoh sentral, dia bergantung pada Pusat. Keputusan Pusat ni di negeri-negeri ni dia (presiden) tiada kuasa dan yang hanya melaksanakan keputusan PAS Pusat.

“Jadi sebab tu baru-baru ini kita pun dalam keputusan hampir semua kawasan di negeri ini semua dihantar usul ini memutuskan tahluf siyasi dengan PKR.

Jadi usul konsep pembuatan keputusan dalam PAS ni dia mengusulkan di muktamar dan muktamar boleh putuskan menerima usul tapi muktamadnya adalah daripada Majlis Syura Ulama.

“Jadi kita tunggu keputusan daripada Majlis Syura... menurut berita yang kita terima dia akan bermesyuarat dalam masa secepat mungkin katanya dalam tempoh dua minggu daripada tempoh muktamar tu untuk memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

“Jadi di negeri ini (Perak) hanya akan melaksanakan keputusan yang dibuat oleh Pusat... Apa yang dibuat oleh Majlis Syura maka negeri akan akurlah.

“DAP memang kita sudah lama putus (hubungan)... seperti diputuskan oleh Majlis Syura Ulama... disebabkan mereka dulu bersama sama dengan PAN dengan serpihan kita, kita tak ada kerjasama dengan PAN.

“Mereka menubuhkan Pakatan Harapan tanpa PAS di dalamnya, menidakkan PAS di dalamnya maka automatically bahawasanya kita dah putus dengan PKR dan PAN dan dasar dia setakat hari ini yang kita pegang kepada Pusat dan kita tidak akan ada hubungan dengan mana mana parti yang bekerjasama dengan PAN dan DAP,” katanya.

Mengenai jumlah kerusi bakal ditandingi PAS di Perak, Razman berkata:"Itu kita tunggu arahan daripada Pusat dan kita juga buat persiapan disemua tempat dan kita menamakan calon-calon di semua 59 DUN dan 24 Parlimen di negeri Perak."

“Persiapan macam biasa , perjalanan parti kita buat mendekati rakyat dan kita rasa situasi politik sekarang dia berbeza dengan dulu... dulu dia bergantung kepada hard copy punya maklumat... ceramah punya maklumat .

“Hari  ini dia kata within a minute dia dah dapat dah maklumat... para netizen ni dia dapat maklumat kadang-kadang dia boleh baca situasi ni lebih mendahului daripada kita.

“Jadi kita buat persiapan mencorakkan balik pemikiran rakyat supaya melihat sebenarnya apa bentuk penyelesaian kepada permasalahan yang berlaku di dalam negara,”katanya lagi.

Mengenai kebimbangan PKR dan DAP berlakunya pertandingan tiga penjuru di Perak, Razman berkata: "Kita sudah mensasarkan ada 700 cawangan di Perak, ahli berdaftar lebih 100,000 tidak termasuk penyokong parti dan hampir setiap unit peti undi Melayu kita ada cawangan kita dan kita boleh buat program di cawangan itu.

“Jadi untuk mengelak pertandingan tiga penjuru di PAS letak calon kalau nak betul betul untuk mengalahkan UMNO dan BN, PKR jangan letak calon disitu sebab kita bersandarkan kepada kekuatan yang kita ada bukan kita awang awangan dan kita memang ada kekuatan.”

Mengenai kedudukan PKR di Perak ketika ini,Pesuruhjaya PAS Perak itu berkata:”Di Perak khususnya kepercayaan dan keyakinan kepada calon calon PKR ni dah damage. . . PKR di Perak ni dah rosak disebabkan yang pertama dulu `lompat parti ‘ kemudian baru ada jawatan sikit pada masa tu dah berlaku perebutan dan sebagainya .

“PAS setakat ini alhamdullilah boleh dikawal lah,”katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana