PAS parti terhegeh-hegeh, kata Amanah...Sikap Amarah dan Dendam Pemimpinan PAN Pada PAS

 Amanah hari ini melabel PAS sebagai 'terhegeh-hegeh' dengan kerajaan negeri Selangor, selepas parti itu menyifatkan mereka sebagai 'tidak sedar diri'.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata PAS di peringkat muktamar sudahpun meluluskan usul tanpa bahas untuk memutuskan hubungan dengan PKR, justeru parti itu sepatutnya keluar daripada kerajaan negeri itu.

“Bagi saya, PAS yang masih terhegeh-hegeh lagi untuk menagih kasih lagi bersama PKR.

“(Ini kerana), dalam Muktamar PAS baru-baru ini telah membuat keputusan, iaitu PAS telah bercerai dengan PKR.

“Jadi, apa yang Tuan Ibrahim nak tunggu lagi (setelah keputusan yang dibuat oleh Muktamar PAS),” katanya dipetik sebuah akhbar hari ini.

Terdahulu Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengkritik Amanah sebagai parti tidak bermaruah selepas ia menggesa rombakan pentadbiran di Selangor.

Ia ekoran keberadaan wakil rakyat Amanah pada hari ini disebabkan oleh kemenangan yang diperolehi menerusi tiket PAS.

Tuan Ibrahim dan pimpinan PAS yang lain kerap berhujah, wakil rakyat PAS tetap perlu meneruskan khidmatnya di Selangor, sementelah ia adalah mandat yang diberikan rakyat negeri itu kepada mereka.

Salahuddin dalam pada itu mempersoalkan mengapa Majlis Syura Ulama perlu memuktamadkan nasib tahaluf siyasi PAS-PKR meskipun muktamar parti itu sudah membuat ketetapan bersabit hal itu.

“Keputusan (mengenai perihal tahalul siyasi di antara PAS dengan PKR) telah dibuat. Yang saya faham, Muktamar PAS adalah kuasa tertinggi dalam perlembagaan PAS.

“Jadi, adakah perlu menunggu keputusan Majlis Syura (berhubung perkara itu). Jadi, saya nampak parti ini bukannya parti yang demokratik,” katanya lagi.

Usul putus tahaluf siyasi antara PAS dan PKR yang diluluskan tanpa bahas pada muktamar hujung April lalu akan dimuktamadkan di dalam Mesyuarat Majlis Syura PAS, petang ini.

Keputusan Majlis Syura PAS petang ini bakal mempengaruhi kestabilan politik dalam kerajaan negeri Selangor selain menentukan sama ada berjaya atau tidak konsep satu lawan satu pada PRU14 kelak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana