PAS cuma dengar titah Sultan Selangor dalam isu tiga Exco…

Sekalipun hangat kedengaran suara-suara pimpinan Pakatan desak PAS angkat kaki dari tiga jawatan Exco Selangor,parti itu Isnin menegaskan ia tidak akan berganjak selagi tidak ada titah dari Sultan Selangor sendiri.

 Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan kata PAS berpegang kepada undang-undang tubuh kerajaan negeri bahawa lantikan jawatan Exco dibuat oleh Sultan Selangor.

“Selagi sultan perkenan ahli exco PAS pegang jawatan, kita pegang,”katanya pada sidang akhbar di ibupejabat PAS.

Takiyuddin menegaskan cuma Sultan Selangor boleh titah arah mereka letak jawatan atau pecat mereka,”tegasnya.

Beliau juga memberitahu Jawatankuasa PAS Pusat akan adakan mesyuarat Khamis ini untuk bincangkan isu berkenaan.

Tiga Exco PAS itu ialah Datuk Iskandar Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.

Sementara itu Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution pula memberitahu pimpinan PKR akan adakan mesyuarat esok Selasa untuk bincangkan isu kerajaan negeri Selangor.

Katanya Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali telah memberitahunya mengenai pertemuan yang beliau adakan dengan tiga Exco PAS pagi Jumaat lalu.

“Saya percaya semua akan dibincangkan dalam mesyuarat itu,”katanya dalam sidang akhbar di ibupejabat PKR.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL