NOH: Tak pecat EXCO PAS, Azmin main wayang politik

Tindakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang teragak-agak memecat tiga EXCO PAS susulan keputusan Majlis Syura Ulama parti itu membatalkan hubungan dengan PKR, jelas membuktikan pemimpin itu ‘bermain wayang’ politik dalam mentadbir negeri.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar berkata keadaan itu menunjukkan seolah-olah kedua-dua pihak mempunyai kepentingan peribadi.

“Azmin terkenal sebagai pemimpin yang menghormati perjuangan parti dan sepatutnya sebagai Menteri Besar, beliau ada hak mutlak untuk menukar barisan pimpinan negeri yang sedia ada.

“Namun, sehingga kini ia tidak dilakukan dan tindakan Azmin dikatakan mengarahkan tiga EXCO PAS terbabit melepaskan jawatan, seperti sengaja ingin bermain sandiwara,” katanya selepas merasmikan majlis penutup Karnival Muar di Dataran Tanjung Emas, Ahad.

Pada Khamis lalu, Majlis Syura Ulama PAS sebulat suara menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR serta merta kerana parti itu dikatakan mengkhianati parti Islam itu.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehin Mukyhi dilaporkan berkata ketiga-tiag EXCO itu kekal sehingga DUN dibubarkan.

Bagaimanapun, PAS Pusat dijangka akan membuat keputusan dalam menangani kemelut itu pada Khamis ini.

Noh yang juga Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar juga melihat tiga EXCO PAS itu tidak akan melepaskan jawatan dan tidak mustahil juga ‘melompat’ parti demi kepentingan peribadi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana