Mungkinkah Berlaku Pertukaran Kerajaan Di Selangor Dalam Waktu Terdekat?

Hasrat Menteri Besar, Azmin Ali untuk mengadakan pertemuan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat minggu ini bagi membincangkan cadangan pembubaran Dun Selangor kerana terputusnya hubungan PAS dengan Pakatan Rakyat mungkin tidak tercapai.

Desas- desus dan juga laporan sebuah portal semalam mendapat maklumbalas dari netizen berhubung 4 Adun PKR lompat parti dan akan menyertai pembentukan kerajaan campuran dari bebas,BN dan PAS di Negeri Selangor.

Azmin 30 April lalu dikhabarkan membawa semua Exconya mengadakan lawatan ke Mesir, Maghribi dan Jordan. Manakala Shuhaimi Shafiei, Ketua Penerangan PKR Selangor merangkap Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor menepis dakwaan media berhubung 4 Adun lompat parti itu sebagai satu propaganda.

Menurut sumber dalaman parti PKR permohonan mengadap beberapa pemimpin PKR dan BN telah diterima istana dan ini menyokong kuat desas-desus yang berlaku dalam krisis politik di Selangor.

Baik pengamal media, penyokong BN, penyokong Pakatan Rakyat serta orang awam cuba membuat telahan sendiri berdasarkan maklumat, pemerhatian, pemantauan serta kajian pendek yang dibuat ke atas isu yang berlaku dan yakin kerajaan Pakatan pimpin Azmin Ali bakal tumbang dalam tempoh terdekat.

Sumber mendedahkan Azmin Ali bakal membatalkan segera lawatan 5 harinya di Timur Tengah bagi menyelesaikan kemelut krisis politik Selangor. Tentunya krisis ini berat sepanjang ketiadaannya di Selangor.

Manakala para Adun BN Selangor juga dikatakan menerima arahan agar tidak keluar negara dan bersiap sedia. Kenyataan ringkas YB Budiman Mohd Zuhdi Adun Sg Panjang dalam facebooknya semalam (1 Mei ) memberi gambaran sesuatu bakal berlaku.

“Mood bersedia. Diarah jangan ke luar negara. Percaya pada takdir.” katanya ringkas.

Kemusnahan PKR bermula apabila parti itu menyingkirkan Khalid ibrahim sebagai MB Selangor kerana gila kuasa 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana