MULUT MAHFUZ MEMANG BIOL KOT!!!! PAS JANGAN JADI KARTUN POLITIK TAK KETAHUAN HALA – MAHFUZ

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar hari ini menyindir PAS agar tidak dilabel oleh rakyat sebagai “kartun politik yang tidak ketentuan hala” berikutan keengganan tiga Exco parti itu meletak jawatan dalam kerajaan negeri Selangor.

Katanya, adalah tidak wajar PAS meletakkan beban bagi mengosongkan kerusi Exco itu kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali.

Ini kerana bukan Azmin dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memutuskan hubungan tetapi ia dibuat oleh PAS sendiri, kata Mahfuz yang juga bekas Pesuruhjaya PAS negeri Kedah dalam satu kenyataan media, semalam.

Mahfuz menyatakan tidak ada keperluan untuk Menteri Besar Selangor untuk meminta Exco PAS meletakkan jawatan.

“Janganlah situasi di Selangor ini membuatkan rakyat melihat PAS tidak lebih dari kartun politik,” sindir Mahfuz mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyebut Exco Selangor hanya akan letak jawatan sekiranya mendapat perkenan Sultan Selangor.

Menurut Mahfuz, Tuan Ibrahim dan PAS seharusnya sedar dan malu kepada UMNO semasa dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang secara tegas dan bermaruah mengarahkan semua Exco daripada Parti Melayu Semangat 46 (Semangat 46) meletakkan jawatan dalam kerajaan negeri Kelantan pada 1996.

Tun Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri telah mengarahkan Timbalan Menteri Besar II, Datuk Rozali Ishak dan Exco Semangat 46 segera melepaskan jawatan setelah UMNO tidak lagi mempunyai sebarang hubungan politik dengan PAS.

Menurut Mahfuz, ldalam situasai di Selangor, PAS tiada pilihan selain menarik diri dari pentadbiran kerajaan negeri itu.

“Jika mereka (tiga Exco PAS )itu berjiwa rakyat dan berjiwa Selangor, mereka mempunyai pilihan untuk menyertai mana-mana parti komponen dalam Pakatan Harapan bagi memperkukuhkan kerajaan Selangor,” kata Mahfuz lagi.

Beliau juga mengingatkan Tuan Ibrahim tidak perlu mengulangi “skrip” yang pernah dimainkan oleh bekas Exco Kelantan dari Semangat 46 yang enggan melepaskan jawatan atas alasan pelantikan mereka dibuat oleh Sultan Kelantan. – Kedahnews.com

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana