MULUT DIA NI....TUDUHAN BERAT NI!!!!! FAHMI ZAINOL SINDIR PAS SEBAGAI ‘TALIBAN MODEN’?

Seorang perwakilan Pemuda PKR (AMK) menggesa parti itu menjauhkan diri daripada pihak tertentu yang digelarkannya sebagai “Taliban moden”.

Wakil AMK Pulau Pinang, Fahmi Zainol berkata, mereka yang digelar ‘Taliban’ boleh ditemui dalam mana-mana parti politik di negara ini.

“Wujud golongan Taliban moden. Juga ada dalam parti-parti politik di Malaysia. Yang saya sebut Taliban moden, kita perlu jauh dari mereka.

“Yang selalu tunggang agama untuk kepentingan diri sendiri. Saya tak payah sebut, tuan puan sendiri tahu,” kata Fahmi pada Kongres AMK di Shah Alam hari ini.

Fahmi bagaimanapun tidak memberikan respon apabila diminta perwakilan lain menamakan pihak berkenaan.

Ucapan beliau bagaimanapun dipercayai merupakan sindiran halus kepada PAS yang minggu lalu memutuskan hubungannya dengan PKR.

PAS sebelum ini mendakwa PKR berusaha untuk menghalang pindaan Akta Mahkamah Syariah yang dibawa presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ucapan Fahmi adalah salah satu daripada beberapa serangan yang dibuat terhadap PAS sepanjang kongres AMK yang berlangsung hari ini.

Terdahulu, wakil AMK dari Wilayah Persekutuan, Ahmad Azri Zainal Nor menyindir keputusan PAS memutuskan hubungan dengan PKR.

“Baru-baru ini ada orang yang benci kita dah tak nak kawan. Tohmah kita dengan pelbagai tohmahan. Tohmahan-tohmahan itu telah akhirnya hasilkan putus hubungan.
“Kita la yang jahat, mereka semua baik masuk syurga,” kata Ahmad Azri.

Sementara itu, wakil Kelantan Mohd Hafidz Rizal Amran berkata, walaupun PAS sudah memutuskan hubungan dengan PKR, masih ada masa untuk parti itu menyertai Pakatan Harapan.

Beliau berkata, mereka memiliki musuh yang sama iaitu Umno dan dengan itu tidak ada sebab untuk berlawan antara satu sama lain.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment