Menghina fizikal wanita: Mahathir melampaui batas...Madey Tidak Sedar Diri Sudah Tua Doh

Saya merujuk kepada kenyataan Tun Mahathir Mohamad dalam ceramah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Jitra, Kedah yang mempersenda dan menghina fizikal seseorang individu wanita beberapa hari yang lalu.

Saya bagi pihak Wanita UMNO Kedah kesal dengan penghinaan terhadap kaum wanita samada ditujukan kepada individu mahupun wanita keseluruhannya. Penghinaan ini bukan sahaja menjatuhkan maruah malahan ianya memandang rendah keupayaan wanita.

Mempersendakan fizikal insan yang lain tidak seharusnya menjadi modal percakapan politik murahan dan dikaitkan dengan momokan isu lain.

Wanita Kedah merasakan penghinaan melalui jenaka sinis terhadap mana-mana individu sama ada wanita mahupun lelaki, tua atau muda, merupakan satu perlakuan yang sangat melampaui batas dan tidak sensitif apatah lagi penghinaan ini dilontarkan oleh seorang mantan Perdana Menteri yang dahulunya, ketika berkuasa, sentiasa mahu rakyat Malaysia menyantuni satu sama lain.

Lebih memalukan apabila penghinaan ini disambut gelak ketawa para hadirin yang gagal mentafsir kerosakan sosial yang telah dilakukan oleh Tun Mahathir.

Saya juga bimbang kenyataan Tun Mahathir yang menghina fizikal seorang wanita dalam ceramah terbuka seperti ini akan mencetuskan perbalahan dan lebih teruk lagi, mungkin pergaduhan di antara mereka yang tidak berpuas hati dengan kenyataan ini dengan penyokong yang mengambil remeh isu ini.

Saya menggesa pihak berkuasa yang terlibat untuk meneliti semula kenyataan Tun Dr. Mahathir di ceramah PPBM di Jitra, Kedah beberapa hari yang lalu dan mengambil tindakan yang tegas untuk menghalang perkara seperti ini berulang semula kerana ia boleh menimbulkan ketidaktenteraman yang berpanjangan yang bermula di alam maya dan seterusnya mungkin ke jalanan, Nauzubillah.

DATUK SHARIFAH MAZNAH SYED KASSIM BARAKBAH
KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO NEGERI KEDAH

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL