MANA PEMBANGKANG NAK CARI RM42B JIKA GST DIHAPUSKAN.

Perdana Menteri mempersoalkan bagaimana pembangkang mahu mencari tambahan hasil negara sebanyak RM42 bilion sekiranya mereka mahu memansuhkan GST.

Datuk Seri Najib Razak berkata, walaupun langkah tersebut dikritik hebat namun hasil negara sebenarnya berjaya ditambah sebanyak hasil kutipan GST bagi menampung kekurangan daripada hasil minyak yang merudum.

Sebelum tahun 2015, sebanyak 41 peratus daripada pendapatan negara datang daripada hasil minyak bagaimanapun senario itu berubah susulan kejatuhan harga minyak global.

Najib juga menegaskan kerajaan akan terus kekal melaksanakan GST.

Jelas Najib, hasil tambahan diperoleh negara itu digunakan banyak untuk dimanfaatkan oleh segenap rakyat Malaysia.

Beliau juga membidas rancangan pembangkang untuk menghapuskan GST sebagai tidak realistik.

Langkah melaksanakan GST menurut Najib adalah tepat pada masanya malah negara-negara Teluk (GCC) juga akan mengikut jejak untuk melaksanakan sistem cukai yang sama.

“Kesimpulannya, langkah pragmatik kerajaan dalam melaksanakan GST adalah tepat pada masa, wajar dan terserlah buktinya,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana